Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Polis PNG tahan lelaki S’wak
Polis PNG tahan lelaki S’wak
Posted on August 8, 2012, Wednesday
KUALA LUMPUR: Polis di Papua New Guinea (PNG) telah menahan seorang lelaki dari Sarawak atas dakwaan meng-gelapkan saham dalam dua syarikat PNG yang terbabit dalam pembalakan dan pe-nanaman kelapa sawit, menurut akhbar The National di negara itu.
Lelaki itu, yang kediamannya di PNG ialah di Waigani Village di Port Moresby, telah ditemu bual di Pejabat Fraud dan Pencegahan Rasuah Nasional di Konedobu sebelum didakwa di mah-kamah.
Ini berikutan aduan oleh seorang pe-ngarah warga Malaysia bagi kedua-dua syarikat. Suspek kini ditahan di balai polis Boroko berikutan dinafikan ikat jamin. — Bernama
<< Previous Entry - Next Entry >>
Advertisement





