Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Lihat anak bulan Syawal 18 Ogos

Lihat anak bulan Syawal 18 Ogos

Posted on August 11, 2012, Saturday

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal bagi menetapkan tarikh Hari Raya Puasa ialah pada petang Sabtu, 18 Ogos bersamaan 29 Ramadan ini, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam.

Menurut kenyataan itu Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh itu adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

“Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia akan mengisytiharkan

pada malam itu juga tarikh Hari Raya Puasa yang ditetapkan melalui radio dan televisyen,” kata kenyataan itu.

Jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Syawal di lokasi Tanjung Lobang, Miri; Teluk Bandung, Kuching; Tanjung Batu, Bintulu.

Tempat lain ialah di Balai Cerap Al-Biruni, Putatan; Bukit Tanjung Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; Bukit Pelindong, Kuantan; Tingkat 13 Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan; Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis). — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.