Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Masuk percuma ke Kolam Renang MBKS, sempena kejayaan Pandelela

Masuk percuma ke Kolam Renang MBKS, sempena kejayaan Pandelela

Posted on August 11, 2012, Saturday

KUCHING: Majlis Ban-daraya Kuching Selatan (MBKS) memberi masuk percuma ke Kolam Renang MBKS pada 1 September ini sebagai tanda meraikan kejayaan Pandelela Rinong meraih pingat gangsa dalam temasya Sukan Olimpik London.

MBKS dalam kenyata-annya semalam berkata orang ramai boleh berbuat demikian mulai jam 9.30 pagi hingga 12 tengah hari dan dibuka semula mulai jam 2 petang hingga 4.30 petang.

“Orang ramai dinasihatkan menggunakan pakaian renang yang sesuai,” kata kenyataan itu sambil mengucapkan tahniah kepada atlet yang menjadi kebanggaan warga Sarawak itu.

Pandelela, atlet wanita pertama dari Malaysia memenangi pingat di Olimpik, meraih gangsa dalam acara 10 meter platform wanita.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.