Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Najib percaya negeri Sarawak masih bumi BN

Najib percaya negeri Sarawak masih bumi BN

Posted on August 11, 2012, Saturday

PRIHATIN: Najib menyampaikan sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik pada majlis berbuka puasa di Kuching semalam. — Gambar Jeffery Mostapha

KUCHING: Pengerusi Ba­risan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak per­caya Sarawak masih bumi BN dan akan berjaya pada Pilihan Raya Umum akan datang jika perpaduan dalam BN dirapatkan.

Keyakinan tinggi terha­dap jentera BN Sarawak itu dinyatakan oleh beliau ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa di Kompleks DUN baharu, Petra Jaya di sini semalam.

“Saya telah banyak kali menyatakan bahawa kerjas­ama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat adalah sangat baik di mana kerajaan pusat sentiasa menghormati kerajaan negeri dan begitu­lah sebaliknya.

“Memang tidak dinafikan seringkali berlakunya ma­salah, tetapi saya percaya tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,” katanya dengan penuh yakin.

Tambah Perdana Menteri, BN telah membuktikan bahawa kerajaan sedia ada mempunyai masa depan yang baik tidak seperti pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju.

“Kita tidak boleh meng­gadaikan masa depan kita kepada pembangkang yang tidak mempunyai hala tuju.

“Kita telah berjuang habis-habisan untuk mem­bina negara dan jika dihitung janji-janji pembangkang hampir kesemuanya tidak dapat ditunaikan.

“Sebab itulah pembang­kang takut apabila kera­jaan BN memperkenalkan pendekatan Janji Ditepati kerana mereka sedar bahawa mereka tidak mampu men­gotakan janji mereka,” ka­tanya sambil menambah BN akan sentiasa menunaikan janji yang ditaburkan.

Terdahulu dalam ucapan­nya, Najib mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kerajaan negeri kerana memberi ruang kepadanya dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor untuk beramah mesra dalam bulan Ramadan ini.

Katanya dalam bulan Ram­adan ini beliau telah mengam­bil keputusan untuk turun pa­dang berbuka puasa bersama segenap lapisan rakyat kerana sebagai pemimpin kerajaan sudah menjadi kemestian untuk beliau mengambil be­rat terhadap rakyat khasnya golongan biasa.

Najib dalam ucapannya juga tidak lupa melahirkan rasa bangga terhadap ke­jayaan atlet terjun negara, Pandelela Rinong, anak kelahiran Sarawak berketu­runan Bidayuh yang berjaya memperolehi pingat gangsa dalam acara terjun platform 10 meter pada temasya Ol­impik London 2012.

Katanya kejayaan Pan­delela telah membuktikan bahawa Malaysia mampu berjaya di pentas dunia dengan syarat mesti ada kekuatan dan usaha gigih.

Sementara itu Taib dalam ucapannya memuji corak kepimpinan yang ditun­jukkan oleh Najib yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘Young and Vigorous Per­dana Menteri’.

Katanya, lawatan Perdana Menteri pada majlis berbuka puasa semalam merupakan satu cara untuk negeri ini memperkenalkan kepada Perdana Menteri bahawa kita mahu hidupkan cara-cara prihatin.

“Di Sarawak, penerima-penerima sumbangan sem­pena Hari Raya tidak hanya kepada golongan Muslim tetapi juga bukan Muslim.

“Inilah cara kita mer­aikan golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini pada bulan Ramadan ini,” katanya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sum­bangan disusuli dengan solat fardu isyak serta solat sunat tarawih.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.