Site Last Updated 1:36 am, Saturday

Infrastruktur pusat akuatik perlu dipertingkat: Pandelela

Posted on August 15, 2012, Wednesday

CIPTA SEJARAH: Ratu terjun negara, Pandelela (tengah) menerima ciuman daripada ibu bapanya Hartini Lamim, 44, dan Pamg Joheng, 46, (kanan) ketika tiba dari London selepas menyertai Sukan Olimpik di Sepang, semalam. — Gambar Bernama

SEPANG: Ratu terjun ne-gara Pandelela Rinong Pamg percaya lebih ramai penerjun Malaysia akan layak ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada 2016 sekiranya aspek pembangunan infrastruktur dan kualiti pusat latihan akuatik dipertingkatkan.

Pemenang pingat gangsa pada Olimpik London 2012 itu mengakui Malaysia perlu melakukan sesuatu terutama-nya daripada segi pembangunan infrastruktur pusat latihan bagi memastikan prestasi sukan terjun negara setaraf dengan China.

“Memang tidak boleh di-nafikan kualiti infrastruktur pusat latihan di China jauh lebih ke hadapan berbanding kita.

“Malaysia mempunyai 10 hingga 12 atlet elit dan pelapis terjun yang berpotensi besar. Bagi menyediakan pasukan kuat, banyak perkara perlu dipersiapkan,” katanya ke-pada pemberita sejurus tiba bersama skuad akuatik negara dari London di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Kepulangan Pandelela ke tanah air disambut kedua ibu bapanya, Pamg Joheng dan Hartini Lamim yang diterbangkan khas dari Kuching oleh syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS).

Turut tiba bersama skuad akuatik ialah Ketua Kontinjen Malaysia ke SukanOlimpik London Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Ketua Pe-ngarah Majlis SukanNegara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong.

Ketibaan mereka disambut Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Sebagai atlet wanita per-tama meraih pingat pada temasya Olimpik, Pandelela berkata beliau sangat berpuas hati dengan usaha dan kerja keras di bawah bimbingan jurulatih, Yang Zhuliang yang nyata memberi kejayaan besar kepada negara.

“Jurulatih (Yang Zhuliang) adalah jurulatih terbaik. Beliau pernah beritahu saya bahawa dia mengajar saya kerana mahu lihat saya jadi antara tiga penerjunterbaik di Olimpik. Beliau juga pernah membimbing pemenang pingat perak OlimpikLondon Brittany Broben dari Australia.

“Saya harap dengan kejayaan ini dapat memberi inspirasi kepada remaja di luar sana terutamanya dalam sukan terjun kerana acara ini tidak begitu populardi Malaysia,” katanya.

Pada Sukan Olimpik London yang berakhir Ahad lepas, gadis Bidayuh itu mengumpul 359.20 mata dalam acara 10m platform di belakang Chen Ruolin dari China yang berjaya mempertahankan kejuaraannya dengan 422.30 mata dan Broben yang meraih pingat perak selepas mengutip 366.50 mata. – Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.