Xperia dicipta untuk ketahanan, hiburan, kalis air

0

Xperia go

KUCHING: Mobile Communications (Sony) memperkenalkan rangkaian telefon pintar dalam siri Xperia iaitu Xperia™ acro S, Xperia™ neo L dan Xperia™ go yang mempunyai ciri-ciri kalis air dan tahan calar.

Menurut kenyataan akhbarnya semalam, Model Xperia™ acro S yang bakal dilancarkan Sony Mobile Communications (Sony Mobile) bagi penggemar telefon pintar terutamanya Android di Malasysia pada 15 Ogos  tahun ini dilengkapi dengan skrin 4.3 inci yang diperbuat daripada kaca mineral dan dapat menahan goresan dengan berkesan.

Fungsi “Wet Finger Tracking” membolehkan pengawalan sentuh dengan jari yang basah, malah juga mempunyai teknologi Mobile BRAVIA Engine yang memastikan paparan yang lebih jelas dan berkualiti.

Malah ianya juga menyokong rangkaian HSPA untuk disambung ke Internet serta menyokong teknologi DLNA dan HDMI serta Wi-Fi . Segala kandungan pada skrin Xperia™ acro S dapat ditayangkan pada skrin TV, PC, laptop atau tablet melalui cara penyambungan yang mudah.

Selain itu, Sony Xperia acro S mendapat pengiktirafan Playstation dan menyokong fungsi NFC yang dapat membuka aplikasi tertentu dengan hanya bersentuh kepada Sony Xperia Smart Tag.

Bagi model Xperia™ neo L, ia mempunyai keistimewaannya tersendiri dan tampil dengan reka bentuk segi empat tepat yang disaluti bahan plastik premium memberi gaya kemas kepada pengguna.

Malah, dengan saiz paparan skrin empat inci, para pengguna juga dapat menonton video menerusi telefon pintar ini dengan jelas dan Xperia neo L juga dilengkapi sistem bunyi Sony xLoud yang memberi nilai tambah kepada pengguna untuk berhibur.

Bagi model Xperia™ go, ia mempunyai ciri kalis air dan mampu bertahan di dalam air serta tahan habuk.

Ianya sesuai bagi mereka yang lasak kerana model ini dilengkapi dengan teknologi kalis air dan habuk.

Selain itu, segala kandungan pada skrin Xperia™ go dapat ditayangkan pada skrin TV, PC, laptop atau tablet melalui penyambungan yang mudah. Malah, pengguna juga boleh menonton filem terkini dan rancangan TV.

Xperia™ go ditawarkan pada harga RM999 seunit, dilengkapi aksesori bernilai RM87 termasuk kad SD 2GB Micro dan pengecas kereta dengan kabel Micro USB.