Site Last Updated 5:36 pm, Thursday

Harga gula di Sabah, Sarawak akan sama dengan Semenanjung

Posted on August 17, 2012, Friday

KUALA LUMPUR: Harga gula di Sabah dan Sarawak dijangka setara dengan harga di Semenanjung tidak lama lagi, berikutan pembukaan kilang penapis gula berharga RM130 juta oleh Admuda Sdn Bhd, di Kuching.

Pengerusi Admuda Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin berkata pada masa ini harga gula di kedua-dua negeri itu lebih tinggi berbanding kadar komersil di Semenanjung, sebahagian besarnya disebabkan pengangkutan serta mudah menjalankan perniagaan.

Admuda, pengeluar tunggal gula bertapis dan molases di Sabah dan Sarawak, ialah anak syarikat 60 peratus milik Brahim’s Holdings Bhd.

“Kilang di Taman Perindustrian Demak Laut dijangka memulakan operasi menjelang akhir tahun depan, dengan pengeluaran awal sebanyak 100,000 tan metrik setahun.

“Kami sedang mengkaji untuk meningkatkan pengeluaran kepada 400,000 tan metrik dalam tempoh tiga tahun beroperasi, katanya.

“Ini disebabkan permintaan gula di kedua-dua negeri itu melebihi 350,000 tan metrik setahun,” kata Abdul Aziz kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian kemudahan pembiayaan antara Admuda dan Maybank Bhd di sini semalam.

Majlis pemeteraian itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Kilang penapis gula itu ialah yang kelima di Malaysia dan pertama di Sabah dan Sarawak.

Abdul Aziz berkata pada masa ini harga gula di Semenanjung ialah RM2.30 sekilo manakala RM2.40 sekilo di Sabah dan Sarawak.

“Ini harga di bandarbandar utama di Sabah dan Sarawak. Di kawasan pedalaman, harganya lebih mahal,” katanya.

Keperluan gula di keduadua negeri itu kini dipenuhi menerusi import dari Semenanjung.

Abdul Aziz berkata Admuda juga akan membantu, jika perlu, untuk menampung keperluan gula di Semenanjung.

Gula Admuda yang dipasarkan menggunakan jenama Borneo Sugar, dijangka menembusi lebih daripada 30 peratus keperluan Sabah dan Sarawak dalam tahun pertama operasinya.

Dalam tahun pertama itu juga, kilang itu juga dijangka menyumbang kira-kira 10 peratus peningkatan perolehan untuk Brahim’s, kata Abdul Aziz.

Selain Maybank sebagai pembiaya projek, Admuda membawa masuk Thai Roung Ruang Sugar (TRR) Group sebagai rakan teknikal projek bagi pembinaan kilang penapis dn pembekal gula mentah.

Menerusi tujuh kemudahan di Thailand, TRR ialah antara pengeluar dan pengeksport gula terbesar di negara itu. — Bernama

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.