Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - 100 rakyat Sarawak terima dividen projek ternak lembu FELCRA
100 rakyat Sarawak terima dividen projek ternak lembu FELCRA
Posted on August 18, 2012, Saturday
KUCHING: Seramai 100 orang rakyat Sarawak memerlukan bakal menerima dividen daripada Projek Penternakan Lembu FELCRA Berhad.
Daripada jumlah tersebut, 20 orang dari bahagian Kuching dan Samarahan telah menerima dividen masing-masing berjumlah RM600 seorang.
Cek telah disampaikan oleh Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Julaihi Narawi pada majlis ringkas di pejabatnya semalam.
“Program ini adalah unik kerana berkongsi keuntungan kepada semua golongan miskin dan memerlukan meskipun projek ini hanya terdapat di Johor, Perak dan Sabah.
“Tahun ini, jumlah penerima ialah 715 orang dan Sarawak diper-untukkan untuk 100 orang yang masing-masing akan menerima RM600.
“Kerajaan berharap dividen ini dapat membantu meringankan beban kewangan dan rakyat kurang bernasib baik dalam masyarakat terutama menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri,” katanya.
Tambah Julaihi, program per-kongsian dividen adalah selari dengan rancangan kerajaan untuk menangani masalah kos hidup dan membantu mengubah kehidupan rakyat luar bandar.
“Kami harap FELCRA akan terus membuat keuntungan dan berkongsi dengan golongan yang memerlukan. Dalam pada itu, saya juga berharap semua penerima akan menggunakan wang ini dengan sebaiknya dan terus menyokong inisiatif-inisiatif masa depan kerajaan,” katanya.
Para penerima dividen datang dari pelbagai bahagian iaitu Kuching (11), Samarahan (9), Sri Aman (9), Betong (8), Sarikei (10), Sibu (11), Mukah (10), Kapit (10), Bintulu (9), Miri (4) dan Limbang (9).
Turut hadir pada majlis penyampaian cek semalam ialah Setiausaha Tetap Datu Chaiti Bolhassan dan wakil FELCRA Berhad Sarawak, Vincent John.
<< Previous Entry - Next Entry >>



