Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - Hormat Pasifik sumbang atap kepada Rh Chendang Anggau
Hormat Pasifik sumbang atap kepada Rh Chendang Anggau
Posted on August 18, 2012, Saturday
BINTULU: Sembilan belas pintu Rumah Chendang Anggau dekat Tatau di sini berasa lega apabila mereka menerima atap rumah bernilai RM36,000.
Sumbangan berkenaan diberikan oleh Hormat Pasifik Sdn Bhd, sebuah syarikat ladang kelapa sawit yang beroperasi berhampiran kawasan terbabit.
Penyerahan atap yang diwakili dua pengurus syarikat ladang Laing Ngau dan Charles Sibat kepada Tuai Rumah Chendang Anggau pada satu majlis baru-baru ini.
Sementara itu, Pengurus Projek syarikat Stephen berkata sumbangan itu merupakan salah satu dari program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dikendalikan ahli-ahli Syarikat Kumpulan KTS.
Ia selaras dengan semangat ‘We Care, We Grow’ iaitu slogan sempena sambutan Ulang Tahun KTS Ke-50.
“Penduduk-penduduk di sini telah memberi kerjasama kepada syarikat dan ini adalah sebagai penghargaan kepada mereka,” kata Stephen.
Malahan peluang pekerjaan yang mencukupi akan disediakan sebaik sahaja kilang kelapa sawit berdekatan memulakan operasinya pada tahun 2014.
Penduduk tempatan juga dapat menjual buah tandan segar (sawit) mereka tanpa perlu menanggung kos tambahan untuk pengangkutan.
Sementara itu, Tuai Rumah Chendang Anggau, 52, melahirkan penghargaan kepada syarikat ke atas sokongan dan bantuan berterusan kepada mereka.
“Bantuan ini amat bertepatan pada masanya memandangkan kami kini sedang menambah baik dan menaik taraf kemudahan di rumah panjang kami,” katanya.
Beliau juga berharap kedua-dua pihak dapat terus mengekalkan hubungan berterusan.
<< Previous Entry - Next Entry >>



