Home - Utusan Borneo - Berita Nasional - Pandelela dilantik Ikon Wanita Muda Cemerlang KPWKM

Pandelela dilantik Ikon Wanita Muda Cemerlang KPWKM

Posted on August 18, 2012, Saturday

PUTRAJAYA: Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg semalam dilantik sebagai Ikon Wanita Muda Cemerlang Kementerian Pembangu­nan Wanita, Keluarga dan Masyar­akat (KPWKM) atas kejayaan beliau meraih pingat gangsa pada Sukan Olimpik London baru-baru ini.

Ketua Setiausaha KPWKM Datuk Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata Pandelela merupakan ‘role model’ kepada generasi muda mencapai ke tahap cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Katanya pelbagai program ter­masuk ‘roadshow’ akan diatur mengikut kesesuaian dan persetu­juan Pandelela, malah ibu bapa Pan­delela akan turut dilibatkan dalam usaha kementerian menekankan kepentingan institusi kekeluargaan dalam memberi kejayaan kepada anak-anak.

“Dalam konteks ini, ibu bapa Pandelela telah berusaha sejak Pan­delela kecil lagi untuk memastikan beliau berjaya dalam hidupnya. Jadi sokongan ibu bapa dan insti­tusi kekeluargaan sangatlah pent­ing bagi kejayaan seseorang anak itu,” katanya kepada pemberita selepas meraikan Pandelela dalam sebuah majlis di kementerian di sini semalam.

Pandelela, 19, memenangi gangsa dalam acara platform 10 meter di Sukan Olimpik London 2012, sekali gus merupakan wanita pertama Malaysia yang memenangi pingat di temasya Olimpik. — Bernama

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.