Home - Utusan Borneo - Berita Tempatan - SUPP tidak akan desak Yong bertanding PRU13: Dr Jerip

SUPP tidak akan desak Yong bertanding PRU13: Dr Jerip

Posted on August 18, 2012, Saturday

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) tidak akan mendesak Ahli Parlimen Stampin, Datuk Yong Khoon Seng bertan-ding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) jika beliau tetap dengan hasratnya untuk bersara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh, Dr Jerip Susil berkata beliau (Yong) telah berulang kali menyatakan pendiriannya tidak bertanding atas faktor usia.

Tetapi menurut Dr Jerip, jika dilihat dari sudut keperluan rakyat dan parti ke atas perkhidmatannya, tetap relevan untuk beliau (Yong) kekal bertanding pada PRU13 nanti.

“Cadangan untuk Yong bertanding lagi pada PRU13 merupakan pujukan yang telah lama dibuat oleh kami untuk beliau kembali dan bertanding semula.

“Kami telah berbincang banyak kali dengan beliau dan telah membuat penilaian di peringkat akar umbi dan mendapati beliau masih mempunyai sokongan yang kuat daripada rakyat dan pengundi.

“Tetapi, beliau telah meng-ulangkan banyak kali bahawa beliau tidak mahu bertanding dan jika beliau mahu bersara kita harus menghormatinya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas penyampai-an cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) di Tingkat, 6, Bangunan Baitul Makmur di sini semalam.

Tambah Dr Jerip yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam, Ahli Parlimen Stampin ini yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya telah banyak menyumbang dan berkorban sepanjang penglibatannya dalam bidang politik.

Melihat kepada sumba-ngan dan pengorbanannya yang begitu banyak, maka tidak adil untuk kita meminta lebih banyak daripada beliau selepas mengumumkan hasratnya untuk bersara.

“Kami percaya adalah rasional jika beliau mahu kekal tetapi keputusan tetap di tangan beliau sendiri,” katanya.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Comments are closed.