Home - Utusan Borneo - Berita Sabah - Rumah Anak Kesayangan Sembulan terima RM3,500 daripada KFC
Rumah Anak Kesayangan Sembulan terima RM3,500 daripada KFC
Posted on August 19, 2012, Sunday
KOTA KINABALU: Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini, KFC (Sabah) Sdn Bhd telah mengadakan majlis berbuka puasa pada malam Jumaat lalu bersama 73 anak yatim daripada Rumah Anak Kesayangan Sembulan.
Dalam majlis sama, KFC turut menyumbangkan dana sebanyak RM3,500 kepada rumah kebajikan berkenaan.
Pengarah Urusan, Y F Lo berkata antara rumah kebajikan yang bakal menerima sumbangan daripada KFC ialah Rumah Kanak-Kanak Kota Kinabalu, Rumah Darul Bakti Kota Belud dan Rumah Amal Kasih Sayang, Keningau.
“Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada Yayasan Kebajikan Suria, Rumah Kanak-kanak Bondulu Tambunan dan Rumah Anak Yatim Al Aman, Beaufort.
“Sumbangan yang diberikan itu adalah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat KFC untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama anak yatim daripada Rumah Anak Kesayangan.
Secara keseluruhannya, KFC Sabah telah menyumbangkan dana sebanyak RM19,500 kepada rumah-rumah kebajikan terbabit.
Turut hadir di majis itu, Pengerusi Global Ehwal Sdn Bhd, Sabarudin Osman dan tetamu kehormat yang lain.
<< Previous Entry - Next Entry >>
Advertisement





