Site Last Updated 4:30 pm, Friday

Geng empat sekawan terlibat dalam lima kes samun bersenjata di premis beroperasi 24 jam tumpas

by RUZAINI ZULKIFLI,ruzainiUB@gmail.com. Posted on August 24, 2012, Friday

JAUTEH (kiri) menunjukkan antara senjata tajam yang berjaya dirampas dalam tangkapan berkenaan.

KOTA KINABALU: Hasrat empat sekawan ‘raya sakan’ dengan hasil haram yang diperoleh daripada kegiatan samun di sekitar ibu negeri akhirnya memakan diri setelah ditahan polis berhampiran Tanjung Lipat, Likas, baru-baru ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun, berkata geng samun dianggotai empat lelaki tempatan itu dipercayai terbabit dengan lima kes samun bersenjata yang menumpukan premis niaga beroperasi 24 jam.

Menurutnya, geng berkenaan dikatakan bergiat aktif pada bulan puasa, iaitu antara 13 hingga 15 Ogos lalu, dan telah menyebabkan kerugian kira-kira RM6,000 sebelum berjaya diberkas polis pada 17 Ogos, kira-kira jam 1.45 pagi.

“Hasil pemeriksaan kereta suspek menjumpai enam telefon bimbit, alat kelengkapan merompak termasuk dua bilah parang dan pisau Rambo, satu keris serta dua cincin. Kesemua suspek menaiki kenderaan jenis Proton Waja dan ditahan di tepi jalan berhampiran Tanjung Lipat,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu kelmarin.

Menurut Jauteh, satu pasukan khas ditubuhkan bagi memburu kumpulan yang dipercayai baru ditubuhkan seminggu itu, dengan membabitkan anggota daripada IPD Kota Kinabalu, IPD Papar dan Unit D9 serta maklumat orang ramai.

Katanya, kesemua suspek berusia lingkungan 18 hingga 26 tahun kini direman mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Jauteh berkata modus operansi suspek ialah dengan menggunakan kereta sewa sebagai taktik mengaburi kegiatan mereka daripada terbongkar dengan sasaran premis niaga 24 jam.

Kesemua suspek dipercayai terlibat dengan lima kes samun bersenjata di sekitar ibu negeri iaitu di Kepayan Ridge, Jalan Kolam Luyang, Taman Cantik Lintas, University Aparment (UA) Menggatal dan Salut, Sepanggar.

“Kita mendapati salah seorang daripada suspek akan menunggu dalam kenderaan sementara tiga yang lain akan ke kaunter wang memeras ugut mangsa mengacukan senjata tajam sebelum melarikan wang atau rokok di premis berkenaan,” katanya.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.