Site Last Updated 11:09 am, Thursday

Kamila CRF baja terbaharu mampu tingkatkan tuaian buah, elak penyakit

Posted on August 26, 2012, Sunday

MIRI: Pemilihan baja yang sesuai dan efisien bukan sahaja mampu memperbaiki proses tumbesaran tanaman, malah dapat meningkatkan hasil tuaian buah.

Terbaharu, hasil penyelidikan universiti tempatan selama beberapa tahun, muncul satu jenis baja yang mampu menjana hasil yang lebih kepada para peladang.

Baja Kamila CRF (Controlled Release Fertilizer) adalah baja lepas terkawal yang lengkap dengan 16 unsur perlu makro dan mikro yang dirumus khas untuk tanaman sawit dan buah-buahan di tanah tropika.

Baja jenis lepas terkawal mengandungi nutrien seimbang ini adalah yang pertama dibangunkan di Malaysia melalui teknologi Agglomerasi Polimer dari Jerman bagi meningkatkan serapan nutrien oleh tanaman secara efisien serta mengurangkan proses kehilangan baja akibat hujan lebat.

Inovasi baja Kamila CRF juga telah berjaya meningkatkan hasil berat tandan segar (BTS) tanaman sawit sehingga 30 peratus berbanding baja biasa, hasil kajian saintifik yang telah dijalankan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di Ladang Palong dari tahun 2002 hingga 2008.

Kajian saintifik tersebut melaporkan nutrien-nutrien mikro terpilih bukan sahaja meningkatkan hasil BTS tetapi juga boleh meningkatkan kandungan lignin dalam pokok sawit.

Lignin ini seterusnya akan menambahkan kekuatan pada dinding sel dan bertindak sebagai perisai bagi mengurangkan serangan kulat terhadap tisu tanaman.

Tambahan pula, nutrien mikro terpilih yang terdapat dalam baja Kamila CRF berupaya meningkatkan proses biosintesis lignin dalam tanaman dan sekiranya digunakan secara berterusan, ia dapat mengawal bahagian ini dari diserang ganoderma (kulat) dan penyakit.

Kebanyakan baja biasa yang digunakan di ladang sawit sering mengalami kehilangan nutrien semasa hujan lebat yang boleh mencapai kehilangan melebihi 60 peratus.

Lantaran ini, ia akan menyebabkan pokok tidak dapat menyerap sepenuhnya baja yang dibekalkan kerana hilang dan mengakibatkan hasil yang rendah walaupun pokok telah dibaja.

Justeru, keistimewaan baja Kamila CRF ini adalah ia larut dalam air secara terkawal di mana nutrien dilepaskan kepada akar dalam tempoh satu hingga dua bulan serta mengikut keperluan fisiologi pokok sawit bagi memberi masa yang cukup untuk akar mengambil nutrien secara efektif dan efisien.

Tambahan pula, penggunaan teknologi Agglomerasi Polimer berupaya mengurangkan proses larut lesap dan kehilangan nutrien akibat larian permukaan kerana baja ini bersaiz besar serta disaluti oleh jaringan polimer bersifat ‘hydrophobic’ (nyah air) yang melarutkan nutrien-nutrien secara terkawal.

Dengan ini, para peladang tidak perlu kerap menabur baja kerana dengan baja Kamila CRF, seseorang itu hanya perlu membaja dua kali setahun, seterusnya dapat menjimatkan kos dan tenaga kerja.

Baja Kamila CRF berbentuk oval atau nuget dikeluarkan dalam bentuk dua saiz iaitu lapan gram dan 15 gram bagi kegunaan tanah mineral dan tanah gambut.

Selain tanaman sawit, baja ini juga sesuai untuk tumbuhan pokok buah-buahan seperti betik, pisang, belimbing, nangka, manggis, durian, rambutan, nanas, tembikai dan lain-lain.

Di Miri, baja Kamila CRF ini diedarkan oleh syarikat Abundant General Trading Co yang beralamat di Lot 89A, Jalan Miri-Pujut (berdepan balai bomba) sini.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah diajukan kepada Yong Ngie Hing menerusi talian 019-8156727.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.