Site Last Updated 8:07 am, Thursday

2,000 masyarakat di DUN Saribas hadiri Majlis Ramah-tamah Aidilfitri

Posted on August 27, 2012, Monday

DEBAK: Kira-kira 2,000 masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas telah meng­hadiri Majlis Ramah-tamah Aidilfitri yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Ke­majuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kelab Rukun Tetangga (KRT) dan Pertubuhan Kebangsaan Be­lia Bersatu Sarawak (SABER­KAS) Debak 2012 yang berlangsung di Dewan Lakid, Debak di sini semalam.

Dalam majlis tersebut, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia Dato Sri Douglas Uggah Embas menyampaikan ucapannya dan menyeru semua rakyat agar meneruskan semangat perpaduan di kalangan semua kaum dalam membentuk satu masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama dalam membangun negeri agar tidak ketinggalan daripada masyar­akat lain di negara ini.

“Sejak negara mencapai kemerdekaan 55 tahun lalu, pelbagai perancangan telah dilakukan oleh pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam usaha memban­gun dan memberi kemudahan kepada rakyat yang berbilang kaum dan agama.

“Kejayaan ini dicapai atas kesepakatan antara pemimpin dan rakyat yang dipelopori bersama pemimpin terda­hulu yang berjaya membawa negara kepada sebuah negara yang membangun dengan pesat,” katanya.

Dalam pada itu katanya, banyak perkara yang harus diambil perhatian bersama di mana rakyat juga perlu mengetahui berhubung ma­salah yang dihadapi agar dapat menyumbang kepada pembentukan serta jalinan semangat kerjasama dan kata sepakat dalam mengatasi kekurangan yang dialami.

“Memang tidak dinafikan bahawa terdapat juga masalah yang timbul namun dengan perbincangan yang teliti maka setiap masalah akan dapat dis­elesaikan dengan sebaiknya,” tegasnya.

Disebabkan itulah katanya, pemimpin akan turun padang untuk melihat masalah yang dihadapi masyarakat di ka­wasan mereka selain menye­lesaikan perkara-perkara yang membabitkan pemimpin untuk membantu.

“Kita akan memastikan setiap keperluan pemban­gunan akan memuaskan hati rakyat dan setiap peruntukan sampai kepada golongan sasar yang selayaknya menerima bantuan yang disalurkan oleh kerajaan,” jelasnya.

“Dalam usaha itu, kita me­merlukan kerjasama semua pihak untuk bekerja keras membantu kerajaan menyam­paikan kehendak rakyat dan mencapai tujuan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis yang turut dihadiri oleh ADUN Saribas Mohamad Razi Sitam, Pegawai Daerah Betong, Friday Belik, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua masyarakat dan penduduk di sekitar DUN Saribas.

Tambahnya, semangat bermesyuarah harus diter­uskan agar perpaduan kaum yang sejak dahulu dapat di­capai sampai bila-bila kerana ini merupakan kunci untuk mengekalkan perpaduan yang menjadi kebanggaan negara kita yang tidak terdapat di beberapa negara yang tidak mengamalkannya.

Ini katanya, akan men­imbulkan kucar-kacir dan keselamatan akan menjadi masalah utama jika kita tidak mementingkan nilai murni dan bersatu dalam masyar­akat yang berbilang kaum dan agama.

“Jangan jadi beberapa negara lain yang tidak dapat mengamalkan kerjasama di kalangan rakyat dan pem­impin, yang akhirnya akan berpecah-belah dan perbala­han kaum akan berlaku.

“Kita di sini bersyukur kerana kita mempunyai ne­gara yang aman damai dan perpaduan yang rapat di kalangan pelbagai kaum dan penduduk di sini.

Semantara itu dalam ma­jlis yang sama beliau telah mengumumkan tambahan sebanyak RM200,000 untuk membina tebatan banjir di be­berapa kawasan di Kampung Bungey yang masih memerlu­kan penambahbaikan.

Selain itu, untuk meran­cakkan pembangunan di kawasan Debak, beliau telah berbincang dengan ADUN Saribas dan merancang untuk membesarkan kawasan pekan Debak dengan membina bandar baharu yang dilengkapi dengan kemudahan asas untuk rakyat di kawasan terbabit.

“Kawasan DUN Saribas mempunyai populasi pen­duduk yang melebihi 12 ribu orang, maka seharusnya den­gan masyarakat yang ramai kita selayaknya menikmati kemudahan dan pembangu­nan yang sebaiknya.

Dalam pada itu juga ka­tanya, kerajaan telah melu­luskan peruntukan berjumlah RM500,000 bagi pembinaan dewan masyarakat yang baha­ru yang mampu memuatkan kuantiti yang lebih ramai bagi menjayakan pelbagai majlis.

“Kami telah berbincang dengan pihak berwajib untuk menilai kawasan tapak yang telah dipersetujui dan pelan juga telah diserahkan kepada mereka untuk kelulusan bagi mendirikan pembangunan yang lebih tersusun di ka­wasan sini,” ujar beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa sumbangan sebanyak RM210,000 untuk surau dan masjid di kawasan Debak dan cek tersebut telah dis­ampaikan kepada penerima semasa majlis penyerahan sumbangan Hari Raya kepada masyarakat di kawasan Debak baru-baru ini.

“Dasar membina pem­bangunan untuk rakyat dan membela nasib rakyat yang tidak mengira bangsa dan agama akan kita teruskan bagi mencapai negara maju yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Sementara itu Uggah juga telah berbincang dengan pihak FAMA untuk mengan­jurkan Pasar Tani sekurang-kurangnya sebulan sekali dan akan dilaksanakan secepat mungkin.

“Salah satu produk yang boleh kita majukan dari ka­wasan ini ialah ‘lemantak’ yang dihasilkan daripada tanaman rumbia.

“Daripada produk tersebut kita juga dapat menghasilkan pelbagai produk yang dapat dipasarkan dan diusahakan oleh penduduk kampung seperti menghasilkan kuih sepit serta pelbagai makanan lain yang dapat diusahakan,” tekan beliau.

“Bagi mereka yang telah tersenarai dan terlibat dalam program 1Azam, bolehlah meneruskan usaha untuk membangun diri dan man­faatkanlah peluang yang diberikan untuk menambah pendapatan serta gunakan­lah sebaiknya apa yang telah diberikan,” tegas beliau.

Selain itu juga beliau men­gumumkan bahawa kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM3,000 untuk setiap satu daripada sembilan JKKK di kawasan Kampung Melayu Debak serta jumlah yang sama untuk lima cawan­gan jawatankuasa khairat di kawasan yang sama.

Sempena sambutan Aid­ilfitri pada tahun ini juga, pihak penganjur telah men­jalankan pelbagai program bagi memeriahkan Hari Raya di kawasan terbabit antaranya ialah Pertandingan Pintu Ger­bang, Pertandingan Rumah Berhias, Pertandingan Bola Sepak dan Pertandingan Gerai Tercantik.

Hadiah-hadiah kemenan­gan turut disampaikan oleh kedua-dua wakil rakyat se­masa majlis tersebut.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.