MACMA Sarawak anjur Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 1 September

0

KUCHING: Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Cawangan Sarawak bakal menganjurkan Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2012 pada Sabtu, 1 September dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di The Banquet di sini.

Naib Pengerusinya Mohammad Tony Ong berkata, majlis tersebut akan disajikan dalam bentuk bufet dan turut akan diselitkan dengan acara permainan menarik terbuka kepada semua ahli-ahli berdaftar serta keluarga.

Sempena majlis itu juga, persatuan mengalu-alukan mana-mana ahli yang ingin menyumbang hasil juadah masing-masing untuk dihidangkan di meja khas yang akan disediakan.

Dalam pada itu, ahli-ahli yang belum mengesahkan kehadiran dinasihati supaya berbuat demikian segera dengan menghubungi Noor Rasyidah Lee menerusi talian 019-8145 956, Nur Aisyah Chan (019-4846 452) atau Zurina Tan (013-8049 663) sebelum 27 Ogos ini.

Persatuan ini beralamat di Lot 16C, Tingkat Dua, Satok Parade, Jalan Satok dan sebarang pertanyaan boleh dikemukakan dengan menghubungi talian 082-232791 atau faks ke 082-239280.