PBB Muara Tuang adakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri

0

DUIT RAYA: Mohammad Ali menyampaikan sumbangan duit raya kepada golongan OKU pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Kota Samarahan, Sabtu lalu.

KOTA SAMARAHAN: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Muara Tuang men­gadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di perka­rangan Pejabat Daerah Sama­rahan, di sini Sabtu lalu.

Hadir meraikan para tetamu pada majlis itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang Datuk Seri Mohammad Ali Mahmud serta keluarga.

Turut hadir Menteri Muda Perumahan dan Pembangu­nan Belia yang juga ADUN Asajaya Abdul Karim Rah­man Hamzah, ADUN Sa­dong Jaya Aidel Lariwoo, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni, be­kas ADUN Nangka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Pegawai Daerah Sa­marahan Mohd Aini Abdul Wahab, Temenggung Chek Bujang serta ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua jabatan.

Kira-kira 200 orang terdiri daripada anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Samarahan masing-masing menerima sumbangan duit raya.

Selain menikmati pelbagai juadah, para hadirin dan para tetamu jemputan turut dihiburkan dengan beberapa persembahan nyanyian.