Tiga pertubuhan terima dana RM45,000 daripada MIGM

0

MIRI: Sebanyak tiga pertubuhan menerima dana sebanyak RM45,000 daripada Miss Global International Malaysia (MIGM) di Eastwood Valley Golf and Country Club, di sini semalam.

Penerima ialah Home For The Aged sebanyak RM4,000, Wad Kanak-kanak/Pediatrik Hospital Miri (RM7,000) dan Persatuan Autistik Miri (RM34,000).

Majlis penyampaian cek-cek berkenaan disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting.

Berucap pada majlis tersebut, Sebastian melahirkan rasa bangga dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh MGIM untuk mengumpul dana untuk disumbangkan kepada golongan yang memerlukan.

“Kerajaan khususnya kementerian Datuk Peter akan menyokong usaha MGIM untuk menganjurkan aktiviti kebajikan seperti ini,” katanya sambil menambah warga Miri bertuah kerana mempunyai masyarakat yang prihatin dan berdedikasi membantu orang lain.

Sementara itu, Pengarah Hospital Miri Dr Jack Wong Siew Yu berterima kasih kepada MIGM atas sumbangan tersebut.

“Sumbangan ini akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan dan membeli peralatan rawatan di wad kanak-kanak.

“Saya bagi pihak warga Hospital Miri mengucapkan terima kasih kepada MGIM dan pasti sumbangan itu memberi manfaat kepada semua masyarakat di sini,” katanya.

Hadir sama Pengerusi MGIM Marlene Lim.