Site Last Updated 10:13 am, Friday

Pantai Pasir Panjang lengang dengan kehadiran pengunjung

Posted on September 1, 2012, Saturday

KUCHING: Pantai Pasir Panjang lengang dengan kehadiran pengunjung yang berkelah atau mandi-manda di laut selepas insiden pelajar Tingkatan Dua diserang buaya dua minggu lepas.

Meskipun semalam cuti umum sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, namun lokasi yang kebia-saan menjadi tumpuan pengunjung kerana mempunyai kawasan pantai dan permandangan sekitar indah hampir ‘kosong’ berbanding biasa.

Tinjauan Utusan Borneo di pantai tersebut mendapati hanya satu atau dua keluarga sahaja yang datang untuk berkelah.

Menurut seorang pengunjung yang dikenali sebagai Chong, mereka sekeluarga berkunjung ke pantai tersebut hanya untuk berkelah dan bukannya berenang seperti kebiasaan kerana masih bimbang insiden serangan buaya.

“Dahulu kami memang kerap berenang di sini namun selepas insiden itu (serangan buaya) kami hanya berkelah di kawasan pantai sahaja.

“Saya memang gemar ke sini (Pantai Pasir Panjang) kerana permandangan indah di sekitarnya selain mempunyai pantai yang bersih,” katanya.

Pada 22 Ogos lepas, seorang remaja berusia 14 tahun mengalami kecederaan di kaki selepas diserang buaya dipercayai sepanjang lima kaki semasa berenang.

Bagi Aziz yang merupa-kan penduduk tempatan, setiap musim cuti atau hujung minggu, pantai tersebut biasanya menjadi tumpuan pengunjung untuk membawa keluarga dan pasangan ma-sing-masing untuk berkelah serta berenang.

Namun begitu, katanya, selepas insiden serangan buaya yang berlaku di pantai itu, tidak ramai lagi pengunjung yang datang untuk beriadah.

“Kebiasaan pada hujung minggu atau musim cuti, keadaan di sini agak meriah dengan kehadiran pengunjung namun sejak akhir-akhir ini keadaan berubah,” ujarnya.

Malah menurutnya, kehadiran pengunjung di pantai itu juga merupakan mata pencarian kepada penduduk kampung yang berniaga.

“Saya pasti sejak akhir-akhir ini ada di antara peniaga tidak lagi berniaga kerana tidak mendapat sambutan,” jelasnya.

 

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.