Polis berkas seorang lelaki yang disyaki peragut

0

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes ragut di Jalan Perak, Jelutong pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata polis melancarkan operasi khas bagi memberkas penjenayah terbabit selepas menerima laporan seorang wanita yang mengadu beg tangannya diragut ketika hendak ke tempat kerja pada7.30 pagi.

“Lelaki terbabit bertindak berseorangan dan menunggang motosikal. Dengan bantuan Unit Peronda Polis Elit Evolution X (MPV-Evo), polis berjaya mengesan suspek dan memberkasnya di Lorong Tenggiri, Seberang Jaya beberapa jam selepas kejadian,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek memiliki rekod jenayah bagi kesalahan mencuri motosikal dan dadah. — Bernama