93 anggota sukarela sertai Kursus Kadar Bakal PTT Rendah

0

SIBU: Seramai 65 anggota sukarela lelaki dan 28 anggota sukarela wanita dari Sibu, Bintulu dan Miri telah menyertai Kursus Kadar Bakal Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Rendah (Sukarela) Siri 1/2012 yang bermula 28 Ogos lalu hingga 26 September ini di Kem Sri Rejang di sini.

Majlis perasmian kursus itu disempurnakan Ketua Cawangan Latihan Rejimen 510 Askar Wataniah (510 AW) Mejar Rosmi Aris.

Latihan ini bertujuan untuk mendedahkan anggota sukarela tentang ilmu ketenteraan seperti latihan ketenteraan, kawat kaki, mengendalikan senjata dan sukan.

Di samping itu, ia turut melayakkan para peserta menjadi pemimpin setelah lulus syarat kursus bagi menyandang pangkat lans koperal.