Jas United rangkul juara Piala Perpaduan Sambir

0

MILIK KAMI: Pasukan Jas United meraikan kejayaan merangkul juara Piala Perpaduan Sambir 2012 bersama Abdul Karim serta jawatankuasa penganjur di Sambir, baru-baru ini.

ASAJAYA: Pasukan Jas Unit­ed (Asajaya) mengorak langkah terbaik apabila merangkul juara kejohanan bola sepak Piala Perpaduan Sambir edisi ke-46 di Padang Sukan Kam­pung Sambir, di sini baru-baru ini.

Kehebatan Jas United ter­bukti apabila membenam Sri Muara (Muara Tebas) dengan 2-1 dalam aksi menarik perla­wanan akhir.

Kejayaan membolehkan Jas United menjulang Piala Pus­ingan ADUN Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah, se­buah piala iringan, medal dan wang tunai RM2,000.

Sementara Sri Muara pula tidak balik dengan tangan ko­song apabila mereka merang­kul sebuah piala, medal dan wang tunai RM1,500.

Tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi pasukan Tambirat FC dan Mang FC dengan meraih piala, medal dan wang tunai RM1,000 dan RM500.

Kejohanan bermula sejak 21 Ogos lalu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Asajaya, Ismawi Mu­hammad.

Sementara majlis penutu­pannya dilakukan oleh Menteri Muda Perumahan dan Pem­bangunan Belia merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Abdul Ka­rim Rahman Hamzah.

Berucap pada penutupan kejohanan itu, Abdul Karim bangga dengan kejayaan pihak penganjur yang telah men­jadikan kejohanan itu terung­gul di negeri ini.

“Untuk lebih meriah lagi, saya akan menambah dana penganjuran pada kejohanan tahun hadapan, sejajar dengan sambutan hari kemerdekaan Sarawak ke-50,” katanya.