Hormati arahan halang lelaki peribumi Sarawak, Sabah bekerja di Singapura

1

KUCHING: Arahan ketat Singapura yang menghalang lelaki peribumi Sarawak dan Sabah di bawah umur 35 tahun untuk bekerja di negara itu perlu dihormati sebagai hak mereka untuk melindu-ngi keselamatan dan negara.

Sehubungan itu, Presiden Persatuan Kebangsaan Da-yak Bidayuh (DBNA) Datu Ik Pahon Joyik semalam menjelaskan bahawa pihaknya akan memantau isu berkenaan sebagai sebahagian daripada warga Bidayuh yang bekerja di Singapura.

“Kita kena menghormati kedaulatan setiap negara, mesti ada sebab kenapa Singapura melakukan demikian.

“Setiap negara mempunyai hak untuk membuat keputusan apabila ia perlu untuk melindungi keselamatan negara.

“Tetapi, adalah agak me-nyedihkan kerana hanya terdapat beberapa kes sahaja me-libatkan rakyat peribumi kita,” katanya bagi mengulas per- aturan baharu yang ditetapkan Singapura baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ik Pahon yang juga Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan berkata DBNA juga akan memeriksa peraturan berkenaan sama ada ia sekadar amaran atau telah dilaksanakan.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati rakyat peribumi Sarawak yang bekerja di luar negara supaya menghormati peraturan dan undang-undang yang ditetapkan negara berkenaan.

“Apabila kita pergi ke negara lain, kita perlu menghormati peraturan dan undang-undang mereka seperti mana di negara kita sendiri yang mahukan warga asing menghormati kita,” katanya.

Menurut laporan berita semalam, perintah baharu telah dikenakan sebagai ‘hukuman pentadbiran’ selepas siri jenayah dan pergaduhan melibatkan peribumi dari Sabah dan Sarawak di Singapura.

Difahamkan juga bahawa beberapa pembunuhan berprofil tinggi adalah melibatkan peribumi dari kedua-dua negeri seperti di Ang Mo Kio Acenue, Kallang dan Gaylang pada beberapa tahun lepas dan telah menyumbang kepada peraturan buruh yang ketat.

Pekerja baharu di bawah umur 35 tahun telah dihalang masuk dan mereka yang dalam kumpulan umur tersebut dan sudah bekerja juga tidak boleh memperbaharui permit kerja mereka selepas tamat tempoh dua tahun.