Site Last Updated 9:02 am, Saturday

Syarikat pembalakan digesa sokong usaha pelihara dan pulihara alam sekitar

Posted on September 11, 2012, Tuesday

MIRI: Syarikat yang terlibat dengan aktiviti pembalakan te-rus digesa memainkan peranan penting dalam menyokong     usaha kerajaan memelihara dan memulihara keseimbangan alam sekitar.

Setiausaha Politik Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin iaitu Datuk Sebastian Ting berkata, sokongan berterusan daripada sektor ini amat penting bagi memastikan usaha kerajaan melindungi alam sekitar dan sumber semula jadi berjaya.

Beliau berkata Malaysia khususnya Miri kini semakin pesat membangun dan tidak terke-cuali daripada isu pencemaran dan penebangan hutan.

“Tidak dapat dinafikan negara membangun seperti Malaysia kian terdedah dengan pencemaran.

“Justeru saya menyeru semua pihak khususnya sektor yang berkaitan dengan alam semula jadi dan hutan seperti sektor pembalakan sama-sama me-mainkan peranan aktif.

“Ini termasuk mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah di-tebang,” katanya berucap me-rasmikan program Kesedaran Alam Sekitar Sekolah mewakili Datuk Seri Peter Chin di Pustaka Miri semalam.

Terdahulu, seramai 150 pelajar sekolah menengah dan rendah daripada 13 sekolah meng-ambil bahagian dalam program anjuran bersama Lembaga Pelabuhan Miri (LPM), Universiti Curtin Malaysia Sarawak (Curtin Sarawak) dan LA21, Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Sebastian menambah, beliau gembira kerana program kesedaran alam sekitar sekolah ini melibatkan program penanaman semula pokok di kawasan lapang di sekolah.

“Saya juga gembira kerana syarikat besar seperti Shin Yang membantu program ini dengan menderma 1,000 benih anak pokok untuk ditanam.

“Saya berharap lebih banyak syarikat besar menyertai program seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Sebastian memuji usaha ketiga-tiga peng-anjur untuk melaksanakan program kesedaran alam sekitar di sekolah.

Katanya, kementerian sen-tiasa menyokong penganjuran aktiviti yang berkaitan dengan program alam sekitar dan se-mula jadi.

Terdahulu, pengerusi peng-anjur Rummie Wan berkata pi-hak penganjur turut menyumbang 200 benih anak pokok.

“Objektif utama kempen ini adalah sebagai menjayakan kempen menanam sebanyak 26 juta pokok yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak,” katanya.

Selain itu ia untuk menanam kesedaran di kalangan pelajar dan generasi muda untuk me-lindungi alam sekitar di sam-ping salah satu tanggungjawab sosial ketiga-tiga penganjur.

Di bawah kempen ini, pihak penganjur akan melaksanakan penanaman pokok di sekolah-sekolah, tayangan video mengenai bumi dan perbincangan dengan pihak pentadbiran sekolah untuk melaksanakan sistem pengurusan alam sekitar.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.