Taib meraikan hari jadi ke-99 Yek

0

SELAMAT HARI JADI: Yek dan isterinya Ting memotong kek hari jadi mereka sambil diperhatikan oleh Taib dan isterinya Ragad serta tetamu kehormat yang lain.

KUCHING: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib menghadiri majlis makan malam kesyukuran sempena sambutan hari jadi ke-99 tahun Dato Sri Yek Min Ek dan sambutan hari jadi ke-88 tahun isteri beliau, Datin Sri Ting Phik Chai.

Pada majlis sama Yek dan isteri turut menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-73 di Dewan Suarah Bintulu malam Ahad lepas.

Yek merupakan penasihat seumur hidup Persatuan Foochow di daerah Bintulu dan juga merupakan penasihat kepada lebih 100 persatuan Cina  di daerah Bintulu.

Turut hadir pada majlis tersebut Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Permodenan Pertanian Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang serta isteri Dato Sri Empiang Jabu, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Kemajuan Masyarakat Dato Sri Wong Soon Koh serta isteri, Datin Sri Yong Foo Ling, Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Telekomunikasi) dan Menteri Muda Pembangunan Belia ( Luar Bandar) Datuk Dr Stephen Rundi Utom serta isteri, Datin Sri Lorita Rundi, Ahli Parlimen Bintulu Dato Sri Tiong King Sing dan Ahli Dewan Negara Senator Pau Chiong Ung dan isteri Datin Ling Yong Chik.