Site Last Updated 11:03 am, Friday

Guru sertai kursus jurulatih memanah

Posted on September 12, 2012, Wednesday

KURSUS MEMANAH: Arrolflynn (kiri) menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta sambil disaksikan oleh Jin.

KUCHING: Seramai 20 orang guru sekolah menengah dari seluruh negeri telah mengikuti kursus jurulatih memanah dari 7-9 September lepas di Sarikei.

Ia dianjurkan oleh Persatuan Memanah Sarawak (PEMASA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Menurut pengendali program yang juga jurulatih PEMASA Chong Yap Lee kursus tersebut bertujuan mendedahkan pengetahuan asas kejurulatihan kepada guru-guru sekolah.

Ia memberi penekanan terhadap pengetahuan mengenai teknik dan taktik yang betul dalam sukan memanah.

“Melalui kursus ini, guru-guru diharap dapat menyerapkan pengetahuan dalam sukan memanah kepada para pelajar yang menunjukkan minat mendalam dalam bidang ini.

“Selain itu, ia secara tidak langsung menggalakkan lebih ramai penyertaan pelajar sekali gus melahirkan lebih ramai atlet memanah,” katanya.

Lee menambah, kursus tersebut juga adalah persediaan negeri bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2014 dan 2016 kelak.

Katanya, pencapaian atlet Sukma negeri pada temasya di Pahang baru-baru ini menjadi kayu pengukur perlunya pelapis yang banyak dalam sukan tersebut.

“Sarawak mempunyai potensi yang besar selaku kuasa dalam sukan memanah seperti wushu, renang dan taekwondo,” tambahnya lagi.

Penyampaian sijil kepada para peserta kursus telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah MSNS Zon Tengah Arrolflynn Elvis Sue.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung PEMASA Chong Yap Jin.

Dalam perkembangan berkaitan, PEMASA akan menganjurkan Kejohanan Memanah Dalam Stadium Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan pada November depan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.