Site Last Updated 2:50 pm, Saturday

Budak hilang, papan luncur air terbalik di sungai

Posted on September 16, 2012, Sunday

KUCHING: Keghairahan seorang kanak-kanak untuk menyaksikan Regata Sarawak 2012 berakhir tragedi selepas papan luncur air yang telah diubahsuainya terbalik ketika menyeberangi Sungai Sarawak akibat gelombang kuat, pagi semalam.

Ekoran itu, mangsa, Zulhazziq Fadhzely, 12, berasal dari Kampung Sinjan hilang dikhuatiri lemas selepas gagal ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa semalam.

Menurut rakannya, Mohd Khainani, 13, mangsa semasa kejadian ber- sama bapa saudaranya iaitu Awang Ahmad Awang Joly, 55, mendayung papan luncur tersebut menuju ke te-ngah sungai untuk menyaksikan temasya sukan air itu sekitar jam 11.30 pagi.

Bagaimanapun, menurutnya, papan luncur ter-sebut tiba-tiba terbalik menyebabkan mangsa bersama bapa saudaranya terjatuh ke dalam sungai.

“Dia (mangsa) bersama pakciknya mendayung papan luncur tersebut se- perti biasa sebelum tiba-tiba kelihatan papan luncur tersebut terbalik ekoran gelombang kuat me-nyebabkan mereka terjatuh ke dalam sungai.

“Dia (mangsa) juga ti-dak pandai berenang dan kelihatan cuba diselamat-kan oleh pakciknya tetapi tidak berjaya menyebabkan dia (mangsa) terus hilang dari pandangan mata,” katanya.

Menurut Khainani juga, seorang lelaki yang dikenali sebagai Khasbullah, 25, kemudian segera terjun ke dalam sungai selepas dimaklumkan mengenai insiden tersebut untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa.

“Saya tanpa berfikir panjang terus mengambil pelampung dan terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi sejurus tiba di tempat kejadian saya hanya melihat bapa saudara mangsa sahaja dan mangsa tidak lagi kelihatan,” kata Khasbullah semasa ditemui pemberita semalam.

Menurutnya lagi, sebuah bot yang dinaiki seorang lelaki dikenali sebagai Osmandi, 30, kemudian mendekatinya dan membawa dia bersama bapa saudara mangsa ke darat.

“Mujur saya dibantu oleh mereka, kalau tidak mungkin saya juga tidak mampu bertahan menentang arus sungai yang kuat,” kata Khasbullah lagi.

Bapa saudara mangsa kemudian dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan dan dilaporkan stabil sehingga berita ini ditulis semalam.

Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Randy berkata, kali terakhir anaknya menghubunginya adalah pada jam 10.36 pagi semalam memintanya untuk menguruskan kad prabayar telefon bimbitnya yang telah disekat.

“Saya memberitahu dia untuk menunggu saya pulang dari kerja kerana saya masih bekerja semasa dia menghubungi saya,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya Mohd Raffy berkata, operasi mencari dan menyelamat telah dimulakan pada jam 11.44 semalam sejurus tiba di tempat kejadian selepas menerima laporan pada jam 11.36 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat ini disertai oleh lapan anggota bomba di permukaan air dan tiga penyelam, tiga anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa anggota polis.

“Jarak antara tempat kejadian dengan darat (Kampung Sinjan) adalah sekitar 20 meter,” katanya.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

90