Site Last Updated 5:37 pm, Thursday

Pertukaran kampus tidak diluluskan dengan mudah

Posted on September 16, 2012, Sunday

SAMARAHAN: Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan meluluskan dengan sewenang-wenangnya permohonan pertukaran kampus oleh pelajar-pelajar yang enggan menyambung pengajian di universiti bukan pilihan.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ramai pelajar dari Semenanjung Malaysia enggan menyambung pengajian di universiti-universiti di Sarawak dan Sabah dan sebaliknya.

Keadaan ini, menurutnya, bukan sahaja menyukarkan proses pentadbiran, malah memberi kesan yang tidak baik kepada proses integrasi nasional.

“Golongan mahasiswa dan mahasiswi memainkan peranan yang penting dalam proses integrasi nasional dan ia hanya dapat dicapai menerusi penyertaan mereka dalam proses ini.

“Bagaimanapun sebarang permohonan berhubung pertukaran kampus atau universiti ini akan ditentukan oleh pihak universiti itu sendiri mengikut keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Santai di Dewan Serbaguna, Student Pavilion, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam. Turut hadir, Naib Canselor Unimas, Profesor Datuk Dr Khairuddin Ab Hamid.

Dalam perkembangan berkaitan, Khaled turut mengingatkan para pelajar untuk memastikan pilihan raya kampus yang dijadualkan pada 20 hingga 25 September ini dijalankan dengan lancar.

Menurut beliau, kementerian menyo-kong pilihan raya kampus kerana ia me-rupakan satu cara untuk mendedahkan mereka kepada sistem dan kaedah de-mokrasi. “Saya berharap agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam pilihan raya kampus ini akan menggunakan kekuatan dalaman dan tidak memainkan isu-isu yang tidak relevan,” ujarnya.

Terdahulu, Khaled merasmikan Student Pavilion yang merupakan sebuah kompleks berkonsepkan mesra alam serta menempatkan ruang khusus untuk aktiviti para pelajar.

Selain merasmikan Student Pavilion, Khaled turut menyampaikan amanat kepada pelajar baharu UNIMAS, sesi teh tarik dan bicara santai bersama pelajar serta persembahan ‘Cheers’ oleh para pelajar baharu.

UNIMAS merupakan universiti dengan jumlah pelajar baharu paling ramai iaitu seramai 4,100 orang menjadikan jumlah pelajar setakat ini 14,000 orang.

Pelajar-pelajar ini tidak hanya dari Sarawak tetapi juga dari Semenanjung Malaysia sekali gus menunjukkan bahawa UNIMAS telah mencipta nama dalam kalangan universiti tempatan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.