S’wak main peranan global

0

Regata, Karnival Sains dan Inovasi mencerminkan tahap kemodenan masyarakat

TERUSKAN PERPADUAN: Taib menjalankan simbolik pelancaran Regata Sarawak 2012 dan Karnival Sains dan Inovasi di Tebingan Kuching, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Temenggung Datuk James Jimbun, Abang Johari, Ongkili dan Timbalan Menteri Perdagangan dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim. — Gambar Jeffery Mostapha

KUCHING: Penganjuran Regata Sarawak 2012 dan Karnival Sains dan Inovasi secara serentak mencerminkan tahap kemodenan masyarakat yang rata-ratanya dilengkapi dengan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi.

Menurut Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, program itu juga bersesuaian dengan hasrat kerajaan yang mahukan rakyat yang aktif, sihat dan berilmu.

“Keadaan telah bertukar. Kita bukan lagi dalam kala-ngan orang terpencil tetapi telah menjadi sebahagian daripada penduduk dunia global, sekali gus mempunyai tempat dalam dunia moden serta di-lengkapi dengan pengetahuan dalam sains dan teknologi.

“Regata yang dahulunya bertujuan untuk menjinakkan semangat permusuhan antara kaum, kini berbentuk lebih konstruktif untuk pembangunan masa depan negara,” kata-nya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Regata Sarawak 2012 dan Karnival Sains dan Inovasi Zon Sara-wak di Tebingan Kuching, semalam.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek tajaan Regata 2012, pengiktirafan lima hasil Inovasi Akar Umbi Terbaik Je-jak Inovasi dan penyampaian Sijil Malaysia Book of Records kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Samarahan atas larian secara berganti-ganti selama 120 jam di atas ‘treadmill’ dan selepas itu, lawatan Taib ke tapak pameran.

Penganjuran program secara serentak itu berjaya membawa kira-kira 100,000 orang dari segenap lapisan masyarakat, termasuk pelancong asing.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Menteri Pelancongan Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili.

Taib memberitahu, regata yang telah lama diadakan di Marudi, sejak abad ke-19 lagi dahulunya bertujuan mengamankan dua suku kaum yang sering bersaing membabitkan senjata kepada persaingan me-nunjukkan kehandalan dalam mengendalikan perahu.

Beliau turut melahirkan penghargaan kepada Kementerian Pelancongan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atas penganjuran ke-dua-dua program tersebut yang dapat memperkasakan rakyat dalam proses pembangunan.

Menurut Taib, masyarakat yang lengkap dalam pengetahuan khasnya sains dan teknologi serta mengamalkan gaya hidup sihat penting bagi masa depan, khasnya dalam dunia serba moden dan berdaya saing.

Kedua-dua elemen itu pen-ting, katanya, kerana Malaysia bukan lagi negara yang bergantung kepada komoditi tunggal di pasaran tunggal, tetapi pelbagai bentuk perniagaan, termasuk menyediakan per-khidmatan pakar kepada du-nia.

“Kita terdedah kepada du-nia luar. Oleh sebab itu, kita mesti sedar bahawa, apa yang kita buat hari ini adalah untuk mempersiapkan diri kita supaya dapat menjalankan peranan lebih efektif dan dapat bersaing di peringkat dunia,” katanya.

“Di Sarawak, kita percaya pembangunan paling sihat dan paling berjaya adalah dengan penyertaan rakyat dan ia dapat dipertingkat kalau kita dapat menyiapkan mereka dengan persiapan yang cukup dan pelbagai,” katanya

Beliau turut berharap orang ramai terhibur dalam Regata Sarawak dan Karnival Sains dan Inovasi tersebut.

“Saya berharap agar regata terus digunakan sebagai landasan berinteraksi secara lebih luas,” katanya.