Site Last Updated 9:52 am, Thursday

Penduduk 10 kampung berusaha dapatkan hak ke atas Fairy Cave

Posted on September 18, 2012, Tuesday

BERPOTENSI: Fairy Cave antara gua batu kapur terbaik di Malaysia selepas Mulu.

BAU: Penduduk Bidayuh dari lebih daripada 10 kampung di daerah ini dalam proses untuk mendapatkan kembali hak ke atas gua batu kapur yang dikenali sebagai Fairy Cave di kawasan Krokong di sini.Penghulu kawasan Krokong/Tinggus Dihoi Nya­wen berkata gua yang wujud sejak 100,000 hingga 150,000 tahun itu dahulu merupakan antara gua batu kapur yang menakjubkan di daerah ini.

Melihat kepada potensinya sebagai tarikan pelancongan serta kedudukan di kawasan Krokong, penduduk berpen­dapat hak ke atas gua ini wajar dikembalikan sebagai produk masyarakat.

“Saya difahamkan bahawa Fairy Cave telah dicadangkan sebagai rizab negara tetapi ia belum diwartakan.

“Jadi penduduk kampung masih ada peluang untuk mendapatkan hak ke atas gua untuk dibangunkan sebagai produk masyarakat.

“Menerusi cara ini saya mewakili penduduk di kawas­an Krokong ini yakin ia bukan sahaja dapat menarik kedatan­gan lebih ramai pelancong ke gua ini bahkan melonjakkan kegiatan pelancongan di dae­rah ini khasnya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Mengulas lebih lanjut men­genai usaha untuk menda­patkan kembali hak ke atas gua tersebut, Dihoi berkata jawatankuasanya kini sedang menyiapkan pelan induk untuk menaik taraf fasiliti dan landskap sedia ada di gua berkenaan.

Katanya sebaik pelan induk itu siap pada 28 September ini, ia akan dikemukakan kepada Kementerian Pelancongan menerusi Timbalan Menter­inya Datuk James Dawos Mamit bagi mendapatkan pe­runtukan yang sewajarnya.

Antara cadangan yang dimasukkan dalam pelan tersebut ialah menaik taraf kemudahan ‘rock climbing’ sebagai destinasi bagi acara sukan antarabangsa, membina chalet berkonsepkan rumah Bidayuh, dua buah rumah panjang serta kemudahan baruk untuk pelancong luar dan dalam negara.

Sementara itu arkitek land­skap bagi pelan induk terse­but, Rangen Sangun berkata gua berkenaan memiliki pel­bagai spesies rama-rama, orkid dan biodiversiti yang belum pernah diterokai oleh mana-mana pihak.

“Selain menyediakan pelan induk berhubung landskap, kami juga akan menjalankan kajian ke atas sumber biodiver­siti yang terdapat dalam gua ini bagi tujuan dokumentasi dan pemeliharaan,” katanya.

Mengimbau sejarah gua berkenaan, ia dinamakan sem­pena sebuah struktur stalag­mite di pintu masuk gua yang dikatakan mirip Guanyin, satu dewa Cina.

Bahagian dalamnya merupa­kan syurga bagi jurugambar kerana terdapat kontras me­narik dari punca cahaya dan bayang-bayang yang mewar­nai dinding-dinding gua ini.

Gua ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti ‘rock climbing’ dan merupakan tempat tumpuan pengunjung luar negara yang meminati sukan berkenaan.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.

92