Tiga individu dianugerahkan Tokoh Hari Malaysia 2012

2

TOKOH: Hamdan (kanan) menerima anugerah Tokoh Hari Malaysia daripada Najib sambil disaksikan oleh Rais (kiri) dan Wong di Bintulu, malam Ahad lalu.

BINTULU: Sambutan Hari Malaysia Ke-49 malam kel­marin (Ahad) menyaksikan tiga individu dianugerahkan Tokoh Hari Malaysia 2012 dalam acara besar-besaran anjuran Kementerian Pen­erangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Perdana Menteri dan Kerajaan Negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama di sini.Penyampaian anugerah itu disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan disak­sikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan merangkap pengerusi jawa­tankuasa induk Hari Ke­merdekaan Ke-55 dan Hari Malaysia Ke-49 Datuk Seri Rais Yatim dan Menteri Kewangan Kedua merang­kap Menteri Kerajaan Tem­patan dan Pembangunan Masyarakat Sarawak yang juga pengerusi jawatankuasa sambutan peringkat negeri Dato Sri Wong Soon Koh.

Penerima anugerah pertama ialah Tan Sri Harris Mohd Salleh yang merupakan bekas Ketua Menteri Sabah keenam yang telah berkhidmat dari 1976 hingga 1985.

Di bawah pentadbiran beliau, Sabah telah melalui perubahan fizikal yang pantas sehingga beliau digelar sebagai `Bapa Pembangunan Sabah’.

Harris juga berjaya men­ingkatkan pendapatan rakyat Sabah terutama di luar bandar dengan pelbagai program pembangunan desa dan men­ingkatkan pendapatan serta rizab Negeri Di Bawah Bayu itu.

Penerima anugerah kedua ialah Tan Sri Datuk Amar Hamdan Sirat yang merupakan anak tempatan pertama dilan­tik sebagai pesuruhjaya polis Sarawak selepas merdeka iaitu dari 1969 hingga 1978. Ham­dan merupakan seorang indi­vidu yang mempunyai disiplin serta berprinsip tinggi.

Beliau telah melihat dan merasai sendiri zaman kes­engsaraan ketika konfrontasi Malaysia-Indonesia, ancaman bersenjata komunis, per­golakan politik yang berakhir dengan pembangunan berter­usan sehingga kini yang dinik­mati penduduk Sarawak.

Hamdan turut memainkan peranan melemah dan seterusnya menghapuskan saki-baki Komunis di Sarawak.

Dalam usaha pembentukan Malaysia, beliau terlibat secara langsung membawa wakil Tunku Abdul Rahman iaitu Datuk Senu Abdul Rahman bertemu dengan pemimpin-pemimpin utama di Sarawak bagi membincangkan gagasan Malaysia.

Semasa konfrontasi Malaysia-Indonesia, beliau telah membantu membentuk peninjau sempadan bagi mengumpul maklumat ketenteraan ketika kemuncak ancaman militan Indonesia ketika itu.

Selain sumbangan besar dalam dunia kepolisan, beliau juga pernah menyandang jawatan pemangku Yang di-Pertua Negeri Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1 April 1982 dan 3 Mei 1983.

Manakala penerima anugerah tokoh ketiga ialah Ismail Embong yang merupakan pelukis prolifik dan pakar rujuk seni negara yang telah banyak menghasilkan karya-karya lukisan yang merakamkan sejarah dan peristiwa besar negara. Ismail menerima pendidikan di Kolej Seni dan Rekaan, England dalam bidang seni bina pada awal 1970-an.

Semasa terlibat dalam dunia pendidikan, beliau pernah menjadi Ahli Majlis Lembaga Akademi Seni Melaka dan terlibat dalam  pembangunan Kurikulum Pengajian bagi akademi tersebut.

Mula bergiat aktif dalam bidang seni lukis pada pertengahan tahun 1980-an.

Sepanjang penglibatannya, beliau pernah mengadakan pameran lukisan bersama anak-anaknya yang dikenali sebagai  `Pameran Seni Lukis Ismail Embong dan Anak-anak: Raja-raja, Kerajaan, Rakyat’.

Pameran terkini ialah `Pameran Sulalatus Salatin: Empayar Kesultanan Melayu Melaka’ di Balai Seni Lukis Negara.

Sebanyak 49 karya lukisan Sulalatus Salatin telah disiapkan oleh Ismail yang dipetik daripada karya klasik Sejarah Melayu dalam tempoh 12 tahun sejak 2001.

Beliau merupakan tokoh yang banyak melaksanakan program seni visual dan pameran-pameran dengan menjadikan seni lukis sebagai medium untuk mendidik dan memupuk masyarakat mencintai dan mengenali negara.

Ismail sangat dikenali dengan lukisannya yang berlandskap senario politik dan sejarah negara.

Sepanjang berkarya beliau telah menghasilkan lebih 200 karya dan semuanya berkisar mengenai sejarah dan identiti negara. Hasil-hasil karya beliau menjadi rujukan kepada orang  ramai untuk mengetahui perjalanan sejarah negara.