Site Last Updated 3:32 pm, Friday

CMSB utamakan reputasi jenama, kualiti bahan binaan

Posted on September 19, 2012, Wednesday

PESAT MEMBANGUN: Gambar menunjukkan Isthmus, dengan Pusat Konvensyen Borneo Kuching dalam peringkat pembinaan dan pusat baharu Wisma SEB yang baru dilancarkan berlatarbelakangkan Teluk Marina Kuching.

RICHARD CURTIS

REPUTASI jenama dan kualiti  bahan binaan merupakan kepentingan paling utama kepada konglomerat Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB) dan kumpulan anak syarikatnya.

Penekanan itu bakal disaksikan pada Sarawak Builders Expo 2012 Total Living and Property Exhibition (Sarbex) 2012.

Pengarah Urusan Kumpulan CMSB Datuk Richard Curtis berkata pihaknya berbangga menjadi salah satu penaja utama majlis terbabit.

“Kami merasakan ia adalah sangat penting bagi salah satu syarikat yang terlibat dengan hartanah seperti kami untuk memainkan peranan dalam membantu acara ini dilangsungkan dengan baik dan mendapat sokongan yang sewajarnya,” katanya.

Meletakkan ia sebagai kepentingan utama, beliau kemudiaannya berkata blok pembinaan bangunan kumpulan CMS ditawarkan melalui anak-anak syarikatnya iaitu CMS Cement Sdn Bhd dan CMS Concrete Products Sdn Bhd: Cemplast, iaitu simen batu dan Panel Dinding Eko menggunakan komponen Sistem Binaan Berindustri (IBS).

Cemplast menggabungkan bahan khas yang meningkatkan praktikal dan sifat pengekalan air sekali gus menghapuskan keperluan untuk menambah kapur untuk menghasilkan lepa yang boleh digunakan, tahan lasak dan ekonomi.

Ia direka khas untuk menghasilkan lepa yang digunakan untuk meletakkan bata atau blok, bahan tahan dalaman dan luaran dan melepa dan aplikasi bahan binaan batu yang lain.

“Panel Dinding Eko adalah bersamaan hingga 99 bata. Ia mengambil masa hanya tiga atau empat hari untuk melatih seseorang untuk meletakkan di Panel Dinding Eko berbanding dengan tiga bulan untuk melatih seorang tukang batu.

“Ia menawarkan kualiti yang lebih baik dan penjimatan yang besar dalam masa dan tenaga dan tidak menghalang pengubahsuaian kemudian jika diperlukan,” tekan beliau, sambil menambah bahawa produk itu semakin mendapat permintaan meluas.

Sejajar dengan SCORE

Seiring dengan pembangunan industri dan ekonomi negeri, bahagian pembangunan Samalaju CMSB akan menjadi tempat yang lebih baik, ini kerana pemaju induk bagi perbandaran itu adalah pihaknya yang masih dalam peringkat awal pembangunan.

“Kerajaan ingin mempercepatkan pembangunan dalam perbandaran bagi menyediakan perumahan tetap dengan kemudahan penuh seperti sekolah, hospital untuk kilang-kilang di Taman Perindustrian Samalaju itu.

“Kami tidak akan menjual hartanah atau lot dalam perbandaran Samalaju tetapi kami ingin orang tahu ia merupakan sesuatu yang bakal meningkat pada masa akan datang.

“Rakyat Sarawak kini sudah mula menyedari peluang besar yang ditawarkan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) terutama bagi sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS),” jelas beliau.

“Di Samalaju, bukan sahaja terdapat kilang-kilang besar, ia juga akan menempatkan banyak peluang PKS pada masa akan datang.

“Akan ada lot perindustrian, kilang kecil, bengkel yang akan dibuka untuk dijual atau sewaan, berkemungkinan bermula awal tahun depan,” katanya.

Bandar Samariang hartanah untuk mendapat rayuan yang lebih luas

Pemaju hartanah CMS Property Development Sdn Bhd (CMSPD) akan memberi tumpuan kepada tiga pelancaran di Samariang: Cahya Putri memaparkan 57 unit (rumah teres dua tingkat), Alam Oasis dengan 22 unit (rumah berkembar dua tingkat) dan Samariang Ria dengan 24 unit kedai komersil tiga dan empat tingkat.

Setiap hartanah dijual dengan dengan pajakan 99 tahun pada harga yang amat berpatutan berbanding rumah daripada pemaju lain, tetapi CMSB  membuat penekanan yang besar kepada kualiti pembinaan dan reka bentuk rumah yang dibina.

“Kami tidak akan mengambil apa-apa jalan pintas. Apa yang kami mahu lakukan adalah membina kesetiaan untuk tempoh jangka panjang daripada pembeli rumah. Kami mahu orang ramai melihat dan berkata: yang telah dibina oleh CMSPD adalah sangat baik.

“Harga berpatutan yang ditawarkan pihak kami akan berubah kerana jalan baharu yang menghubungkan Samariang ke jambatan tol kini dibuka.

“Masyarakat masih belum sedar bahawa ia hanya 10 minit ke jambatan tol. Sebaik sahaja mereka telah sedar ini, akan terdapat peningkatan untuk membeli hartanah di di kawasan Samariang,” katanya.

Beliau menambah, sebuah lagi jalan baharu di bandar Samariang adalah jalan menuju ke Matang yang dijadualkan siap tahun depan, juga merupakan laluan untuk ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina  (bagi melengkapkan dua sekolah yang sedia ada di kawasan itu) dan pasar raya besar yang akan dikendalikan oleh rantaian pasar raya hyper yang bereputasi membuat kemunculan sulung di Sarawak.

Sementara itu, kumpulan terbabit  telah menjual kira-kira 130 ekar tanah untuk lot industri, perkembangan ini akan membawa lebih banyak peluang pekerjaan di sana, kata Curtis.

Isthmus

CMSPD juga menampilkan model paparan projek besar-besaran dan transformasi yang melibatkan pusat daerah perniagaan baru: Isthmus.

Lengkap dengan bangunan-bangunan institusi dan korporat, ia juga akan menampilkan kedai-kedai membeli-belah, restoran dan kemudahan rekreasi.

Pada asasnya, ia akan menjadi sebuah perbandaran menggambarkan Sarawak.

“Kuching adalah sebuah bandar sungai. Terdapat sungai di mana-mana sahaja, jadi kita mahu menekankan peranan air di bandar raya kita,” kata Curtis, sambil menambah bahawa jeti teksi sungai akan siap menjelang akhir tahun ini.

“Terdapat pelan induk yang besar untuk menjadikan ia seperti pusat bandar raya Kuching dengan peluang perniagaan yang banyak tanpa perlu melalui kesesakan jalan raya.

Dengan jalan raya utama sedia ada dan jambatan yang siap beroperasi, jambatan kedua yang menghubungkan ke pusat bandar juga hampir siap, menawarkan masa perjalanan hanya 15 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

“Satu perkembangan yang besar seperti Isthmus akan mengambil masa tetapi sedang mula berlaku,” katanya, mengambil contoh ibu pejabat baharu korporat Sarawak Energy Bhd (SEB) di Isthmus yang dilancarkan baru-baru ini.

“Pelabur bakal berminat apabila mereka melihat hubungan dan akses kepada bahagian-bahagian lain di bandar raya ini,” kata beliau dengan yakin.

UTAMAKAN KUALITI: Pemandangan mata kasar bandar Samariang. CMSPD ti-dak akan mengambil apa-apa jalan pintas dengan pembinaan yang dijalankan kerana mahu membina kesetiaan jangka panjang daripada pembeli rumah.

LANCAR TRAFIK: Jambatan kedua Isthmus Kuching City Centre.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.