Sertai futsal 1Belia 1M’sia Parlimen Miri pada 2-7 Okt

0

MIRI: Pasukan futsal sekitar bandar raya Miri dipelawa untuk menyertai Kejohanan Futsal 1Belia 1Malaysia Peringkat Parlimen Miri yang bakal berlangsung pada 2 hingga 7 Oktober depan.

Kejohanan anjuran bersama Pusat Belia dan Sukan Bahagian Miri dan Pejabat Ahli Parlimen Miri akan berlangsung di Stadium Tertutup Miri.

Sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu lelaki terbuka dan kategori wanita, masing-masing dengan yuran penyertaan RM100 bagi setiap pasukan.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 28 September ini, manakala cabutan undi bagi menentukan kumpulan pasukan akan diadakan pada keesokannya di Pusat Belia Miri.

Pertandingan itu terhad kepada 64 pasukan terawal.

Johan, naib johan dan tempat ketiga kategori lelaki akan menerima hadiah wang tunai RM800, RM500 dan RM300 berserta piala dan medal manakala tempat keempat menerima medal.

Bagi kategori wanita pula, tiga pemenang teratas akan menerima habuan berjumlah RM500, RM300 dan RM200 serta piala dan medal sementara tempat keempat menerima medal.

Untuk keterangan lanjut dan mendapatkan borang penyertaan boleh menghubungi Pusat Belia Miri atau Lee Sport Centre menerusi talian 085-422333.