Pemuda SUPP mahu calon PRU13 berintegriti, bersih

0

KUCHING: Jawatankuasa Pemuda Pusat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mahu kepimpinan pusat memastikan calon yang dicadangkan untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang merupakan individu yang berintegriti, boleh dipercayai, jujur dan bersih dari segi rekod.

Jawatankuasa tersebut me-nerusi kenyataannya semalam berkata, calon berkenaan hen-daklah seseorang yang 100 peratus komited terhadap Barisan Nasional (BN) dan SUPP, dan tidak mudah dipengaruhi sekiranya terpilih sebagai Ahli Parlimen kelak.

Terdahulu Mesyuarat Ke-dua Jawatankuasa Pemuda Pusat Ke-14 SUPP diadakan di ibu pejabatnya semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Pemuda Tan Kai dan dibantu oleh Setiausaha Agung Pe-muda, Wilfred Yap.

Turut hadir untuk memantau mesyuarat ialah Setiausaha Agung SUPP Dr Sim Kui Hian.

Mesyuarat semalam turut mengemukakan usul kepada jawatankuasa pusat agar me-nubuhkan pasukan tugas khas untuk mengkaji dan meneliti Pelan Pembangunan Pendidi-kan 2013-2025 dan mengemukakan komen kepada pihak berwajib sekiranya perlu.

Mereka juga mahu masalah kekurangan tenaga kerja ditangani dan kerajaan perlu meng-ambil pendekatan melatih sumber tenaga secara sistematik, konsisten dan berterusan, khususnya dalam kalangan ahli Pemuda.

Turut disebut dalam usul berkenaan ialah parti pusat perlu memperkukuhkan perpaduan parti bagi menstabilkan lagi organisasi parti dan meningkatkan moral dan tahap keya-kinan ahli parti, serta mempercepatkan pelaksanaan ‘Pelan Transformasi SUPP’ bagi tujuan reformasi parti.

Semua usul tersebut akan dikemukakan pada Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Pusat SUPP Ke-24 yang diadakan hari ini di ibu pejabat parti.