Pencapaian hasil dasar k’jaan

0

S’wak antara tiga negeri teratas dan paling pesat membangun di Malaysia: Jabu

PENCAPAIAN MEMBANGGAKAN: Jabu melakukan gimik pelancaran untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Jabatan Pelajaran Sarawak 2012 di Betong, semalam.

BETONG: Sarawak merupa-kan antara tiga negeri teratas dan paling pesat membangun di Malaysia, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Pa- tinggi Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, pencapaian tersebut adalah hasil dasar-dasar dan perancangan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menerusi pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) yang efisien dan efektif, katanya, rakyat menikmati hasil pembangunan yang dijangka lebih besar untuk generasi akan datang.

“Dengan kemampuan yang kita miliki, Sarawak berjaya mewujudkan lima buah universiti bagi memberi pendidikan yang secukupnya kepada ge-nerasi muda hari ini dan akan datang.

“Pendidikan yang diperolehi akan digunakan untuk memajukan negeri selaras aspirasi negara maju menjelang tahun 2020.

“Pembangunan yang dilaksanakan juga menyediakan rakyat ke arah persaingan yang semakin mencabar dengan dunia luar,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sam-butan Hari Kemerdekaan Pe-ringkat Negeri Jabatan Pelajaran Sarawak 2012 yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Muda Kebajikan Robert Lawson Chuat, Pengarah Pelajaran Sarawak Abdillah Adam, Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dr Richard Rapu, Pegawai Daerah Betong Friday Belik, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Ellen @ Manium Engang dan Pegawai Pelajaran Daerah Betong Samsudin Drahman.

Jabu berkata, kerajaan akan terus berusaha memastikan se-gala kemudahan yang disedia-kan untuk rakyat adalah yang terbaik tidak mengira agama dan bangsa, sama ada di bandar mahupun luar bandar.

“Pendekatan inilah juga membolehkan ekonomi negara terus kukuh dan berjaya mencapai tahap yang amat dibanggakan,” katanya.

Tambah beliau, sejak me-nyertai pembentukan Malaysia 49 tahun lalu, Sarawak telah berjaya mewujudkan sebanyak 182 buah sekolah menengah dan 1,624 buah sekolah rendah bagi kemudahan pendidikan untuk membangunkan modal insan.

Jabu turut menjelaskan, ke-rajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM27 juta untuk sekolah mubaligh di seluruh Sarawak yang akan diselaraskan mengikut keperluan sekolah-sekolah terbabit.

Dalam ucapannya, Jabu turut menasihati rakyat agar berwaspada terhadap taktik dan propaganda pembangkang dalam usaha meraih simpati agar menyokong agenda me-reka.

“Sebagai masyarakat yang waras kita harus menyedari pembangunan yang disediakan oleh kerajaan adalah yang terbaik dengan perancangan yang teratur demi kemudahan rak-yat,” katanya.

Terdahulu, Abdillah dalam ucapannya berkata, peng- anjuran sambutan itu berjaya direalisasikan hasil kecemerlangan setiap warga pendidik di Betong.

Beliau berkata, kecemerlangan itu merangkumi skop yang lebih luas, bukan hanya tertumpu kepada satu sudut sahaja, malah meliputi ciri-ciri iman dan amal.

“Cemerlang dalam Islam dinilai hasil kesepaduan cemerlang duniawi dan ukhrawi. Ini selaras dengan visi Kemen-terian Pelajaran Malaysia iaitu ‘Sekolah Unggul Penjana Gene-rasi Terbilang’,” ujarnya.

Abdillah menjelaskan, program itu dianjurkan bertujuan memperingati sejarah kemerdekaan Sarawak dan kelahiran Malaysia.

“Dengan demikian, tarikh berkenaan adalah amat wajar diperingati dan diraikan oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan sebagai pengisian program antara-nya Pertandingan Deklamasi Sajak, Pertandingan Lagu-lagu patriotik, Pertandingan Melukis Potret Tokoh Kemerdekaan, Pertandingan Mewarna dan Malam Kebudayaan RIMUP.

Seramai 3,000 warga pendidik dan pelajar menghadiri program tersebut serta menjayakan majlis yang berkonsepkan kebudayaan dan patriotisme dengan menge-tengahkan budaya yang terdapat di negeri Sarawak.