Penduduk Sri Aman dapat hospital baharu Oktober 2016

1

SRI AMAN: Penduduk Sri Aman dijangka menikmati kemudahan hospital baharu pada 11 Oktober 2016.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Douglas Uggah Embas berkata, kerja-kerja meratakan tapak pembinaan hospital yang memakan belanja sebanyak RM9.9 juta sedang dijalankan.

Buat masa ini, kerja-kerja meratakan tapak sejak 30 Julai lalu berada di tahap 11.43 peratus dan dijangka siap pada 29 Ogos tahun depan, jelas beliau.

Uggah menjelaskan, fasa satu kerja-kerja meratakan tapak mengambil masa selama empat bulan dan sembilan bulan lagi melibatkan proses pemantauan keadaan tapak bagi menentukan ia benar-benar sesuai untuk mendirikan bangunan hospital baharu kelak.

“Sebaik sahaja projek fasa satu ini siap, maka baharulah kerja pembinaan bangunan baharu hospital dan kuarters dapat dilaksanakan dengan kos RM190.4 juta.

“Hospital baharu itu dijangka siap sepenuhnya pada 11 Oktober tahun 2016,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media di Wisma Persekutuan Sri Aman selepas mendengar taklimat mengenai perkemba-ngan terkini pembinaan Hospital Sri Aman yang baharu di sini, semalam.

Sementara itu, kata Uggah, projek naik taraf Loji Perawatan Air di Bayai, Sri Aman juga sedang giat dilaksana- kan dengan kos RM42.9 juta sejak 23 Mei lepas.

“Tempoh projek naik taraf ini ialah 24 bulan. Kerja-kerja sudah mencapai 2.7 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 22 Mei 2014,” katanya.

Justeru Uggah berharap penduduk di Sri Aman sedar bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) menepati janji pembangunan se-perti yang diumumkan sebelum ini.

Uggah bersama Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis dan Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat kemu-diannya bergerak ke tapak projek Hospital Sri Aman yang baharu sebelum meneruskan lawatan kerjanya di Loji Perawatan Air di Bayai.

Turut hadir Residen Sri Aman Johnathan Lugoh dan Timba-lannya Hamsein Atar, Jurutera Bahagian Jabatan Kerja Raya Sri Aman Cassidy Morris dan pegawai-pegawai kerajaan se- kitar Sri Aman.