Lantik ejen terpilih jual telefon mudah alih 3G

0

KUALA LUMPUR: Persa-tuan Pemilik-pemilik Telefon Bimbit (Perbit) Malaysia menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melantik ejen terpilih bagi menjual te-lefon pintar 3G asli, kepada golongan belia yang menerima rebat RM200.

Presiden Perbit Mohd Ali Ibrahim berkata dengan ada-nya permintaan daripada kira-kira 1.5 juta pengguna, bekalan telefon pintar 3G mungkin terjejas dan menyebabkan pengedar mengambil kesempatan menjual telefon yang tidak asli dan menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Kita mesti mengawal telefon yang asli kerana lebih kurang 50 peratus telefon mudah alih tidak asli terdapat di pasaran. Harap kerajaan dapat mengawal keadaan ini secara profesional dengan ha-nya membenarkan pengedar yang diiktiraf sahaja menjualnya,” katanya kepada Ber-nama di sini semalam.

Mohd Ali turut menyambut baik peruntukan RM300 juta yang bakal dimanfaatkan oleh 1.5 juta belia bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Belanjawan 2013.

“Belia yang ingin membeli telefon 3G ini mesti lebih prihatin kerana berlakunya pengalihan telefon biasa ke 3G ini kos akan meningkat lebih tinggi antara 100 hingga 150 peratus dengan adanya kemudahan seperti Internet dan MMS (multimedia messaging service),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar SKMM dan syarikat telekomunikasi mewujudkan pakej khas bagi golongan belia yang membeli telefon pintar tersebut supaya mereka dapat mengawal penggunaan talian.  — Bernama