Makanan halal dijamin bersih, selamat dimakan dan berkhasiat

0

Fatimah

KUCHING: Orang bukan Islam digalakkan mengambil makanan halal kerana ia bukan sahaja mematuhi tuntutan agama tetapi aspek paling penting ialah ia dijamin bersih, selamat dimakan dan berkhasiat.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Fatimah Abdullah berkata makanan yang berkhasiat serta bersih amat penting ke-pada tumbesaran kanak-kanak baik dari segi mental mahupun fizikal.

Menurutnya untuk menda-patkan produk makanan halal sekarang bukan lagi menjadi masalah kerana banyak usahawan dari kalangan orang Islam mengeluarkan produk makanan halal yang mendapat pengiktirafan daripada agensi bertanggungjawab seperti Jabatan      Kemajuan Islam Malaysia       (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS).

“Banyak kriteria yang mesti dipatuhi untuk mendapatkan sijil halal daripada JAKIM mahupun JAIS, ia bukan saja memenuhi tuntutan agama tetapi bersih, selamat dan berkhasiat.

“Maknanya bebas daripada bahan yang boleh memudarat-kan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian premis Central Coldstorage Kuching (CCK) Sdn Bhd yang ke-16 di Kuching iaitu di pusat komersial Kuching City Mall, Fasa 6, New Espressway, Batu 4 1/2, Off Jalan Penrissen dekat sini.

Menyentuh mengenai perasmian premis sejuk beku baharu itu Fatimah berkata semua produk keluaran CCK mendapat pensijilan halal daripada JAKIM dan JAIS dengan semua pendokumentasian serta Prosedur Operasi Standard (SOP) dilakukan mengikut      Piawaian Halal Malaysia MS1500:2009.

Beliau menambah, CCK juga telah mendapat pensijilan VHM No.85 (Veterinary Health Mark) daripada Jabatan Perkhidmatan Vetenari sejak 2003.

Menurutnya untuk menda-patkan sijil itu CCK telah melalui proses audit yang ketat seperti memenuhi Keperluan Min-imum Standard Kebersihan dan Sanitasi, Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dan Jaminan Kua-liti dan Keselamatan Makanan.

“Produk CCK sememangnya mendapat keyakinan daripada pengguna dan juga kerajaan.

“Semua penyembelihnya dilatih oleh CCK dan JAIS. Mereka juga perlu menjalani latihan bertulis dikendalikan kedua-dua agensi ini bagi memastikan mereka layak melakukan kerja-kerja penyembelihan.

“JAKIM dan JAIS juga melakukan pemeriksaan dari semasa ke semasa untuk memantau dan memastikan CCK mematuhi peraturan dan tuntutan halal,” ujarnya.

Sementara itu Pengerusi CCK Consolidated Holdings Berhad (CCB) Datuk Tiong Su Kouk berkata syarikat yang ditubuhkan pada Ogos 1996 itu terdiri daripada empat kumpulan utama iaitu perucitan, ternakan dan jualan ayam, makanan laut dan pengangkutan.

“Perniagaan utama CCB ialah menjual daging ayam segar dan produk-produk sejuk beku di bawah jenama CCK Fresh Mart.

“Ketika ini kami sudah mempunyai 47 kedai runcit dan borong, daripada jumlah itu 37 di Sarawak, lima (Sabah) dan Semenanjung Malaysia (lima).

“Kedai terbaru kami ialah di pusat komersial Kuching City Mall iaitu yang ke-16 di Kuching.

“Kami menjangkakan pada hujung 2012, CCK akan membuka tujuh lagi kedai baharu iaitu di Kuching (MJC, Kota Samarahan, Semariang), Sibu (Sungai Merah) Bintulu (Sungai Plan) dan Kota Kinabalu (Sulama Centre dan Menggatal),” jelasnya.

Tiong menambah, projek berkenaan melibatkan jumlah pelaburan (untuk tujuh kedai baharu itu) ialah RM1.68 juta dan dijangka menyediakan 140 peluang pekerjaan.

Pada majlis sama CCB menyampaikan sumbangan RM2,000 masing-masing kepada lima rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM), Rumah Anak-anak Yatim Ajibah Abol Sri Aman, Rumah Kanak-kanak Kuching, Salvation Army Children’s Home dan Salvation Army Boy’s Home.

Kanak-kanak daripada rumah-rumah kebajikan itu turut diberikan wang saku setiap seorang selain berpeluang bermain pelbagai bentuk permainan yang diadakan di pameran dan gerai jualan sempena perasmian premis CCK ke-16 itu.