Mulu mungkin hilang pelancong

0

Ia berikutan kos penerbangan yang terlalu tinggi berbanding ke destinasi lain

MIRI: Tapak Warisan Du-nia, Taman Negara Gunung Mulu mungkin berdepan dengan kehilangan pelancong pada masa akan datang berikutan kos penerbangan yang terlalu tinggi.

Pengurus Besar yang juga operator pelancongan, Pearl Suites Grand Hanoi Hotel Alex Dlee berkata, beliau ha-nya membayar RM300 untuk terbang dari Hanoi ke Kuala Lumpur berbanding jumlah yang dibayar semasa di Mulu yang jauh lebih mahal.

“Saya lihat begitu ramai pelancong datang melawat Mulu namun pelancong tempatan amat kurang.

“Saya percaya ramai yang mahu datang namun kos pe-nerbangan ke sana sangat   tinggi menyebabkan mereka mungkin tidak berminat untuk datang.

“Sebaliknya, mereka lebih cenderung melancong ke destinasi lain dalam negara atau luar negara yang lebih murah.

“Sekiranya keadaan ini berterusan, tidak hairan Mulu akan kehilangan pelancong-nya,” katanya ketika ditemui di sini.

Alex berada di Mulu bagi tujuan mengkaji potensi pasaran taman negara itu sebelum dipromosikan di Hanoi, Vietnam.

Mengenai Mulu, Alex berkata taman negara itu mempunyai tarikan dan keunikan tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain.

“Walaupun kami di Vietnam mempunyai gua, namun ia tidak dapat dibandingkan dengan keindahan gua di Mulu.

“Saya begitu kagum de-ngan cara kerajaan dan peng-urusan taman mengurus serta memelihara taman ini.

“Pembentukan batu kapur dalam gua juga dipelihara dan dijaga dengan baik. Selain  itu, air sungai di kawasan itu begitu jernih dan bersih,”  katanya.

Semasa di Miri, Alex menggunakan peluang itu untuk menikmati makanan tempatan seperti laksa Sarawak.

“Makanan di sini sedap-sedap dan bandar raya pun bersih dan penduduknya mesra.

“Walaupun saya dapati kos hidup di sini agak tinggi, namun saya suka persekitaran di sini,” katanya.

Alex menambah, beliau akan bekerjasama dengan agensi pelancongan di sini untuk mempromosi dan memasarkan pelancongan Miri dan Mulu kepada orang Vietnam di Hanoi.