Mohd Shukri, Dhil kibar cabaran Sarawak pada kriket kebangsaan

0

BERJAYA: Abdul Karim dan Awang Mahyan dan para tetamu bersama pemenang kejohanan kriket di Kuching semalam.

KUCHING: Mohd Syukri Madeli dari Sekolah Ke­bangsaan (SK) Tabuan dan Dhil Mckenzie, SK Gita 2 mewakili Sarawak pada Ke­johanan Kriket MCA MSSM Milo U-12 Interzone di Kuala Lumpur pada 10 hingga 12 Oktober ini.

Utusan Borneo melaporkan bahawa kedua-dua pemain terba­bit akan berangkat ke Kuala Lumpur hari ini (Sabtu) untuk menjalankan sesi latihan sebe­lum menjelang kejohanan.

Jurulatih Persatuan Kriket Sarawak (SCA), Abdul Rah­man Ibrahim berkata ked­ua-dua pemain itu dipilih menerusi kejohanan yang diadakan.

“Dua pemain muda ini telah dipilih untuk mewakili Sarawak ke peringkat ke­bangsaan Rabu ini, kedua-dua mereka dipilih menerusi kejohanan yang dianjurkan di peringkat sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Kejo­hanan Bawah 11 tahun SCA ‘Kanga Cricket Sixes’ di SK Tabuan, di sini semalam yang telah dimenangi SK Tabuan A.

Pada masa yang sama, Ab­dul Rahman memberitahu bahawa pihaknya merancang untuk mengadakan beberapa kejohanan bagi mencari bakat-bakat baharu dalam sukan tersebut.

“Kita mahu melahirkan lebih ramai pemain kriket yang berkaliber untuk me­mantapkan pasukan kriket negeri selain memajukan su­kan terbabit di negeri ini,” katanya.

Hadir menyaksikan ke­johanan itu Menteri Muda Pembangunan Belia, Abdul Karim Rahman Hamzah dan Presiden SCA, Awang Mahyan Mohamad.