16,975 DVD tanpa lesen B dirampas

0

KOTA KINABALU: SEbanyak 16,975 salinan cakera video digital (DVD) tanpa lesen B bernilai RM85,000 dirampas dalam satu serbuan di Kompleks Karamunsing di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Superitendan Saiman Kasran berkata serbuan pada Khamis lepas itu itu dibuat berdasarkan maklumat orang ramai.

Menurutnya, pihak polis turut menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pemilik premis berkenaan bagi membantu siasatan.

“Dipercayai semua DVD berkenaan diperolehi pada harga RM45,000 dan apabila dijual ia bernilai RM85,000 di pasaran.

“Kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 18 (4) (a) Akta Penapisan Filem 2002,” katanya.

Saiman turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai dan berharap kerjasama berkenaan dapat diteruskan pada masa akan datang.