Naruto, Beate rangkul gelaran ‘Raja’ dan ‘Ratu’ Kuching Nite Run 2012

0

TAHNIAH: Beate menerima hadiah daripada Patrick selepas menjuarai 10 kilomter bagi kategori wanita Kuching Nite Run 2012.

KUCHING: Naruto Leong dan Beate Krecklow masing-mas­ing merangkul gelaran ‘Raja’ dan ‘Ratu’ Kuching Nite Run 2012 dalam kateogri 10 kilom­eter lelaki dan wanita di Pusat Rekreasi Bersepadu Kuching (KIRC) di Jalan Crookshank, di sini malam kelmarin.

Naruto berjaya menawaskan pencabar terdekatnya dengan catatan masa 43.58 minit di hadapan Sabri Sedi dan John Lonhienne masing-masing me­raih tempat kedua dan ketiga.

Manakala Beate yang berasal dari Jerman pula mencatatkan masa 47.26 minit berbanding dua pencabarnya, Betty Lim dan Hii Yieng Nyuk masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Sementara itu, kategori lima kilometer lelaki dan wanita pula dimenangi bekas atlet kebang­saan Kaliani Rajamanickon dan Choo Ngiik Hung masing-mas­ing mencatatkan masa 18.23 minit dan 21.15 minit.

Tempat kedua dan ketiga kategori lelaki disandang Mo­hammad Shah dan Hazwan Hasnol, manakala wanita pula dimenangi Lee Leh Ha dan Joaine Eng.

Menurut Bernard Long, 73, yang merupakan antara peserta tertua dalam acara itu, walau­pun tapak kasutnya tertanggal selepas tujuh kilometer berlari namun tidak mematahkan semangatnya untuk meng­habiskan lariannya dalam kate­gori 10 kilometer lelaki.

“Malam ini saya berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat bersama-sama masyarakat di bandar raya ini berlari dalam acara yang penuh menarik ini,” katanya ditemui di sini.

Larian itu disertai 1,542 pe­serta yang mana pelbagai ak­tiviti lain turut diadakan seperti pertandingan futsal, berbasikal dan sebagainya.

Majlis pelepasan larian itu dirasmikan oleh Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi dan Pendidikan Teknikal), Datuk Len Talif Salleh.