Usaha terbaik bawa kejayaan bola sepak

0

JUARA: Dr Rundi (tiga kiri) menyampaikan Piala FA kepada pemain dan pengurus pasukan BPJ yang muncul juara di Bintulu.

BINTULU: Dengan usaha ter­susun di peringkat akar umbi dalam memilih pemain, budaya pengurusan yang teratur serta penekanan disiplin pemain akan membawa kejayaan ke­pada sesebuah pasukan bola sepak yang dibentuk.

Menteri Muda Pemban­gunan Belia (Luar Bandar), Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, pembentukan sebuah pasukan yang berjaya bukan sengaja tetapi pengu­rusan teratur dan usaha terbaik dengan langkah-langkah tert­entu akan mampu menghasil­kan kejayaan.

Dalam hal itu, katanya, me­merlukan usaha dan sokongan penuh semua pihak untuk mencapainya.

“Dengan berprestasi tinggi sesebuah pasukan itu amat penting, sekiranya ingin meng­gapai kejayaan. Kita di Bintulu juga boleh melakukannya.

“Kita ada kemampuan untuk mengendalikan pasukan yang baik dalam sukan yang ulung di dunia itu,” katanya pada majlis penutupan kejohanan bola sepak Piala FA (Datuk Dr Stephen Rundi Utom) di Stadium Mini Bintulu, lewat petang Sabtu lalu.

Dr Rundi yang juga Menteri Muda Kemudahan Awam (Bekalan Elektrik dan Tel­ekomunikasi) berkata dalam usaha menerajui dan me­nambah baik prestij bola sepak negeri dan negara, kita perlu mengambil perhatian ke atas persatuan-persatuan bola sepak yang aktif.

“Persatuan-persatuan ini mempunyai peranan besar dan tidak ternilai yang memerlukan mereka mencungkil bakat-bakat baharu pemain untuk negeri dan negara,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, keadaan bola sepak di negara ini kurang pasti, terumbang-ambing walaupun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) agresif menganjurkan Liga Malaysia.

“Saya perhatikan prestasi kita pada zaman kegemilan­gan pemain legenda, Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun lebih kurang sama dengan Korea, tetapi kini Korea telah men­capai taraf tinggi yang sama dengan pasukan ternama di peringkat dunia.

“Dan sewajarnya kalau usaha seperti Korea dicon­tohi, sudah pastinya kita akan mampu mencapai kejayaan,” katanya sambil mengingatkan agar semua pihak mengambil iktibar daripada kejayaan ne­gara itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) Duke Janteng berkata pasukan Bintulu telah men­capai kedudukan lapan ter­baik dalam 16 pasukan yang bertanding pada Piala Sarawak 2012 di Miri baru-baru ini.