60 Layreader dan Sub-Deacon menyertai Seminar Keagamaan

0

SEMINAR: Para Layreaders dan Sub-Deacon bergambar bersama selepas berakhirnya seminar berkenaan di Sri Aman kelmarin.

SRI AMAN: Seramai 60 orang Layreader dan Sub-Deacon dari Gereja serta Chapel di sekitar daerah Sri Aman menyertai Seminar Keagamaan 2012 anjuran Persatuan Layreader, Gereja Anglican Saints Luke, Sri Aman di sini semalam.

Jurucakap pengelola berkata, seminar yang dianjurkan kali ini merupakan salah satu acara tahunan persatuan itu selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan mereka.

Katanya, antara objektif seminar itu adalah menambahkan ilmu keagamaan yang sedia ada di kalangan pembesar gereja dan juga chapel sekitar daerah Sri Aman.

Terdahulu, majlis berkenaan turut dihadiri Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis.

Ketika hadir pada majlis makan tengah hari bersama ahli-ahli pembesar gereja itu, Harden turut mengumumkan peruntukan berjumlah RM5,000 kepada persatuan terbabit bagi tujuan menjalankan aktiviti mereka.

Turut sama Penceramah Seminar, Archdeacon Chimbie Bunsi serta pembesar-pembesar gereja lain yang terdiri daripada Revd Jackson Jarau, Revd Philip Mang, Revd Sined Nanyot dan Revd Rodriguez Unak.