Sang bedal baham kucing lolos

0

Usaha tangkap buaya tujuh kaki terperangkap dalam parit gagal ekoran air pasang

CARI MANGSA: Gambar buaya tersebut yang sempat dirakam semasa berada di dalam parit.

KUCHING: Seekor buaya yang dipercayai membaham lima ekor kucing berjaya melepas-kan diri daripada kepungan penduduk selepas terperang-kap selama empat jam di dalam sebuah parit sebuah taman perumahan di sini, malam kelmarin.

Insiden berlaku di Samariang Aman, Bandar Baru Samariang selepas buaya sepanjang tujuh kaki itu dilihat membaham se-ekor kucing di belakang sebuah rumah sekitar jam 9 malam.

Penduduk yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke lokasi kejadian, menyebabkan buaya itu memasuki sebuah parit untuk menyelamatkan diri.

“Kami terkejut selepas dimaklumkan mengenai buaya itu. Kami segera ke tempat kejadian untuk cuba menangkapnya, namun ia berjaya melarikan diri dengan memasuki parit berdekatan.

“Melihat keadaan itu, kami segera meletakkan pagar di hujung parit tersebut untuk menghalang buaya itu daripada terlepas ke sungai,” kata seorang penduduk.

Kawasan perumahan Sama-riang Aman terletak di tebing Sungai Beradek, salah satu cabang Batang Salak.

Tambahnya lagi, keadaan bertambah sukar berikutan air pasang dan mereka terpaksa meminta bantuan daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Bagaimanapun, katanya, selepas menunggu air surut selama kira-kira empat jam, beberapa anggota JPAM dengan bantuan penduduk cuba menjejaki buaya tersebut namun tidak berjaya dan percaya ia telah terlepas ber- ikutan terdapat kesan bengkok pada pagar yang diletakkan di hujung parit itu.

“Usaha menangkap buaya tersebut terjejas selepas air mula pasang. Parit kemudiannya di-penuhi air dan menyukarkan kami menangkapnya menyebabkan kami mendapatkan bantuan JPAM.

“Selepas beberapa jam menunggu air surut, beberapa anggota JPAM meninjau keadaan di dalam parit tersebut, namun buaya itu tidak lagi kelihatan dipercayai berjaya melepaskan diri dengan merempuh pagar yang diletakkan di hujung parit ber-kenaan,” katanya lagi.

Sementara itu, pemilik kelima-lima kucing tersebut, Dayang Latifah berkata, insiden itu merupakan kali pertama berlaku dan dia percaya kehilangan ku-cing-kucingnya sejak beberapa bulan lepas ada kaitan dengan buaya terbabit.

“Kami ada sembilan ekor ku-cing dan sejak beberapa bulan le-pas, empat daripada kucing kami telah hilang dan malam ini (kelmarin) seekor lagi kucing kami ditemui mati selepas dibaham buaya.
“Kami percaya kesemua ku-cing kami yang hilang sebelum ini adalah angkara reptilia ter-sebut,” katanya.