Jemaah haji Sarawak dalam keadaan baik

0

KUCHING: Jemaah haji Sarawak sekarang berada dalam keadaan baik dan tiada laporan kematian biarpun terdapat 15 rakyat Malaysia yang mening­gal dunia di Tanah Suci.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Datuk Daud Abdul Rahman bagaimanapun ber­kata, memang ada jemaah haji negeri ini yang dimasukkan ke hospital, namun hanya melibatkan sakit biasa.

“Setakat ini jemaah haji Sarawak berada dalam kead­aan baik. Tiada laporan ke­matian melibatkan rakyat negeri ini,” katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata, ada di ka­langan jemaah haji Sarawak menjadi SAHABAT Tabung Haji (TH) selaku sukarelawan untuk membantu jemaah yang lain dari Malaysia.

“Para jemaah bersama guru haji, PIHMIS sedang aktif menjalankan pelbagai aktiviti termasuk membaca tahlil,” ujarnya.

Menurutnya, Hari Raya Aidiladha merupakan masa terbaik untuk umat Islam belajar makna bersyukur.

“Perayaan ini mengajar kita untuk membantu golongan kurang berkemampuan,” jelasnya.