Site Last Updated 6:14 am, Tuesday

Kaum minoriti mesti bersatu untuk berjaya

Posted on October 27, 2012, Saturday

KUCHING: Kaum minoriti di negeri ini mesti bersatu dan bekerjasama sekiranya ingin berjaya setanding komuniti majoriti.Menteri Pembangunan In­frastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin berkata, perbezaan politik dan fahaman harus diketepikan dalam usaha melakar kejayaan dalam pelbagai bidang sama seperti kaum lain.

“Sebagai kaum minoriti, jika tidak bersatu hati dan bekerjasama, (kita) akan terus ketinggalan daripada kaum lain yang jauh sudah maju, lebih-lebih dalam negeri yang didiami pelbagai kaum seperti Sarawak.

“Oleh sebab itu, saya selalu mengingatkan kaum Bidayuh agar tidak lupa asal usul, sentiasa bersatu dan saling bantu-membantu antara satu sama lain serta mengetepikan perbezaan politik.

“Sebaliknya, kita harus fokus kepada pembangunan bangsa dan negeri Sarawak,” katanya ketika berucap mer­asmikan Pertandingan Bad­minton anjuran Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA) di Dewan DBNA semalam.

Manyin yang juga Ketua Penasihat DBNA berharap penubuhan persatuan berk­enaan sejak 1955 akan mem­perkukuhkan kerjasama dan perpaduan antara komuniti Bidayuh dan pada masa sama, mempertahankan identiti kaum itu.

Menurutnya lagi, meskipun komuniti Bidayuh terdiri daripada beberapa suku kaum, adat dan budaya mereka tetap sama.

“Bidayuh mempunyai ban­yak suku kaum (misalnya) dari Bau, Lundu, Siburan, Penrissen dan Padawan yang berbeza dialek tetapi tetap sama dari aspek adat serta budayanya.

“Sebab itu, sebaik memijak kaki ke dalam Dewan DBNA, semua perbezaan itu diket­epikan dan berjuang ke arah satu matlamat iaitu pemban­gunan,” ujarnya.

Pada masa sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu itu mahu masyarakat Bidayuh terus memberi sokongan padu kepada usaha-usaha pem­bangunan yang dilaksanakan DBNA termasuk perancan­gan untuk membina sebuah hotel.

“Tapak hotel ini sudah ditetapkan, sekarang kita berusaha mengumpul dana untuk membinanya.

“Saya amat berharap kaum Bidayuh menyokong pelak­sanaan projek ini,” katanya tanpa memberi keterangan lanjut mengenai projek berk­enaan.

Sementara itu, pengerusi penganjur Charlie Unggang ketika ditemui memberitahu, tujuan pertandingan itu ialah memaklumkan kepada umum bahawa persatuan itu sudah mempunyai gelanggang bad­minton sendiri.

“Pertandingan ini akan di­jadikan acara tahunan DBNA bermula tahun ini. Gelang­gang ini bukan sahaja untuk kegunaan kaum Bidayuh tetapi boleh disewa. Mereka yang ingin menggunakan­nya boleh menelefon pejabat DBNA menerusi talian 082-256163,” katanya yang juga Naib Presiden persatuan tersebut.

Pertandingan itu bermula semalam hingga Ahad ini dan disertai 14 pasukan.

Hadir sama Timbalan Presi­den DBNA Yunus Apok dan Pengurus Atur Cara Event Manager (Nestle) Tony Merill.

Print Friendly

We encourage commenting on our stories to give readers a chance to express their opinions; please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. While the comments here reflect the views of the readers, they are not necessarily that of Borneo Post Online. Borneo Post Online reserves the right not to publish or to remove comments that are offensive or volatile. Please read the Commenting Rules.

Comments are closed.