RM18 bilion setahun rawat penyakit tidak berjangkit

0

KUCHING: Kementerian Kesihatan membelanjakan kira-kira RM18 bilion seta­hun untuk merawat penyakit tidak berjangkit yang semakin kronik di negara ini.Menteri Muda Kesihatan Dr Jerip Susil berkata, kes penyakit tidak berjangkit seperti penyakit buah ping­gang, diabetes dan darah tinggi kini semakin bertambah dan serius.

“Mengikut anggaran kasar, kerajaan memperuntukkan RM30 bilion untuk penjag­aan kesihatan dan 60 peratus (RM18 bilion) daripada jum­lah itu, kita gunakan untuk merawat penyakit-penyakit ini (tidak berjangkit).

“Ia sangat tinggi dan saya menggesa agar kita melaku­kan senaman dan mengetahui tubuh badan serta bertang­gungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing.

“Pantau sendiri kandungan gula dan tahap kolesterol serta bersenam sebanyak yang mampu, sekurang-kurangnya setengah jam setiap sesi atau menjalani kehidupan yang aktif,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Temasya Sukan Jogaton Kampung Simboh semalam.

Dr Jerip berkata, sena­man dan pemakanan sihat sahaja tidak memadai untuk mencapai kesihatan tubuh yang optimum, malah perlu mengelak daripada mengam­bil minuman beralkohol secara berlebihan dan merokok.

Katanya, Jepun dan Korea adalah dua buah negara yang maju serta rakyatnya makmur dan gaya hidup ini harus di­contohi rakyat negara ini.

“Masih ramai yang belum mempunyai kesedaran ten­tang cara-cara untuk menjaga kesihatan. Maka, Jelajah Kesi­hatan merupakan program yang diadakan secara berteru­san oleh Kementerian Kesiha­tan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada orang ra­mai serta cara-cara bagaimana menjalani kehidupan yang sihat,” jelasnya.

Program Jelajah Kesihatan Kementerian Kesihatan telah dijalankan di Kuching, Sri Aman dan Kapit serta bakal diteruskan di Sarikei, Sibu Mukah dan Limbang.

Terdahulu, beliau meny­erahkan sumbangan kepada 15 penerima dari Kampung Sarig, Petag dan Sitang.