Borang permohonan bayaran RM1,000 pesara tentera tidak berpencen diedar esok

0

KUCHING: Borang permohonan untuk pembayaran RM1,000 sekali gus bagi pesara tentera yang tidak berpencen yang akan diedarkan mulai esok, boleh didapati daripada Persatuan Bekas Tentera masing-masing.

Ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Cawangan Mambong boleh mendapatkan borang di kaunter sementara di Lobi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) bermula 1 hingga 7 November.

“Wakil kami juga akan bersedia di lokasi bagi membantu pesara mengisi borang pada waktu pejabat. Ahli juga dinasihati untuk membawa butiran peribadi dan dokumen penting bersama.

“Dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan, penyata buku akaun bank (muka surat pertama) dan sijil tamat perkhidmatan,” kata Setiausaha Cawangan Kadam Saai semalam.

Beliau menyarankan agar para ahli menguar-uarkan kepada rakan ahli yang tidak mengetahui tetapi mendiami kawasan Parlimen Mambong agar tidak tercicir.

Sementara itu, Persatuan Veteran Renjer Sarawak (SRVA) berkata bekas Iban Trackers, Sarawak Rangers dan bukan pesara Renjer Malaysia boleh mendapatkan borang mereka di pejabat SRVA di alamat Lot 316, Tingkat 2, Lorong Satok 5, Jalan Satok (di atas Kueh Fah Café).

Tarikh akhir untuk meng-ambil borang adalah pada 30 November depan.