Pensyarah cedera parah selepas terjun bangunan

0

TRAGIK: Kakitangan HUS sedang mengalihkan mangsa dari bahagian bumbung koridor HUS.

KUCHING: Seorang pensyarah wanita di sebuah institusi pengajian tinggi cedera parah selepas bertindak terjun dari tingkat sembilan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, semalam.

Kejadian berlaku pada sekitar jam 2.40 petang. Kesan cubaan bunuh diri wanita dalam lingkungan usia 30-an itu menyebabkannya mengalami patah tangan kanan dan kecederaan dalaman.

Sehingga jam 6 petang semalam, dia telah dirujuk di zon merah Unit Kecemasan dan Kemalangan HUS.

Keadaannya dilaporkan kritikal dan koma.